Memaparkan catatan dengan label Dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dapur. Papar semua catatan

Petua Menghilangkan Bau Blender atau Pengisar

Penggunaan blender atau pengisar akan memudahkan kerja di dapur. Namun, tidak semua orang memiliki beberapa blender untuk mengisar bahan masakan yang berbeza seperti cili dan bawang, buah-buahan atau adunan kek. Kebiasaannya blender yang telah digunakan untuk mengisar cili dan bawang akan meninggalkan bau kuat. Ada petua yang boleh dicuba bagi menghilangkan bau blender ini.

Petua Menghilangkan Bau Blender atau Pengisar

Petua menghilangkan bau blender ini hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur anda. Bahan-bahan dan cara adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:
2 sudu besar soda bikarbonat
2 sudu besar garam kasar
Sedikit sabun cecair pencuci pinggan
2 cawan air

Cara:
  1. Kisar kesemua bahan di atas selama 15-20 saat. 
  2. Cuci blender dengan air sehingga bersih. 
  3. Keringkan blender dan simpan. Pasti bau blender akan hilang. 

*Tip ekstra:
  • Jangan buang air yang dikisar. Gunakan untuk mencuci pinggan mangkuk.
  • Garam kasar juga dapat menajamkan mata pisau blender.
Selamat mencuba..

Tip Membeli Durian

Buah durian kini menjadi buah kayangan apabila harganya juga sudah menjadi harga kayangan di sesetengah tempat. Keenakan raja buah ini membuatkan orang sanggup membayar mahal. Pemilihan buah yang berkualiti adalah penting bagi memastikan anda membeli buah yang sedap rasanya dan tidak busuk. Tip pemilihan buah durian ini ada dikongsikan oleh orang-orang lama. 

Tip Membeli Durian -

Beberapa tip membeli durian yang boleh dicuba adalah seperti berikut:

1. Tip Membeli Durian - Lihat Tangkai Durian

Pilih buah durian yang tangkainya masih bergetah. Jika durian baru luruh dan dikutip, tangkainya akan rasa berlendir. Jika telah lama luruh, tangkai akan mengecut dan mengecil. Ini menunjukkan buah durian sudah tidak segar dan kurang berkualiti.  


2. Tip Membeli Durian - Lihat Bontot Durian

Pilih buah durian yang tidak pecah bontot. Ini kerana buah yang barun gugur kebiasaannya bontot tidak pecah. Kecuali buah berkenaan telah lama gugur/ disimpan kerana bontot buah durian akan mula merekah berbentuk garis di setiap alur pangsa pada hari ke-3. Jika rekahan semakin besar, buah durian semakin kurang berkualiti untuk dimakan dan ia sesuai untuk dibuat tempoyak sahaja. 


3. Tip Membeli Durian -  Lihat Bentuk Duri Durian

Duri pada durian juga mempengaruhi rasa durian. Jika anda suka makan durian yang rasanya lemak manis, pilih buah durian yang durinya bentuk pendek dan sekata. Namun jika anda suka durian yang rasanya manis dan sedikit pahit, pilih buah durian yang durinya bentuk melengkung dengan duri panjang seinci.


4. Tip Membeli Durian -  Cium Bau Durian

Bagi mengenalpasti sama ada durian masih elok atau telah rosak, cium pada setiap bahagian pangsa buah durian. Jika buah masak elok, akan ada bau wangi durian daripada pangsa. 


Semoga perkongsian tip membeli durian ini dapat dijadikan asas di dalam memilih buah durian yang terbaik. Sekurang-kurangnya anda telah memilih durian yang terbaik dan pasti anda akan berasa puas hati. Selamat mencuba. 

Tip Memilih Ayam Segar

Ayam mudah disediakan dan sesuai dimasak pelbagai menu seperti goreng, kukus, sup, kari dan pelbagai lagi masakan. Pemilihan ayam yang segar adalah penting bagi memastikan masakan yang dimasak adalah sedap dan tidak berlakunya keracunan makanan.


Menu masakan berasaskan ayam juga boleh diterima oleh kebanyakan orang terutamanya golongan kanak-kanak. Selain itu, harganya juga mampu dibeli untuk dijadikan sebagai sumber protein di dalam diet seharian. Beberapa tip asas memilih ayam segar adalah seperti berikut:

1. Pilih ayam segar  melalui warna daging ayam

Perhatikan warna daging ayam di semua bahagian termasuk di celah peha dan kepak ayam. Daging ayam segar kelihatan warna kemerahan manakala ayam tidak segar  bewarna pucat atau kekuningan. Ini kerana ayam tidak segar berkenaan mungkin telah lama disimpan dan dibekukan berulang kali. 


2. Pilih ayam segar  melalui tekstur daging ayam

Cuba sentuh dan tekan permukaan daging ayam. Anda akan mendapati bahawa tekstur daging ayam segar akan rasa kenyal apabila ditekan dengan jari. Manakala daging ayam tidak segar akan tenggelam dan kelihatan lekuk apabila ditekan. 


3. Pilih ayam segar melalui deria bau anda 

Ayam segar kebiasaannya tidak berbau busuk atau hanyir. Manakala ayam tidak segar akan berbau busuk dan hanyir. Ayam berbau ini tidak selamat untuk dimakan kerana mungkin mengandungi kuman yang akan menyebabkan keracunan makanan. 


4. Pilih ayam segar melalui pemerhatian pada bahagian tulang ayam

Jika ayam tidak segar, terdapat banyak darah ayam pada bahagian tulang ayam. Ini kerana mungkin ayam berkenaan telah dibeku dan dinyah beku beberapa kali. 


5. Pilih ayam segar melalui pemerhatian pada bahagian bontot ayam

Perhatikan warna bontot ayam. Jika bontot putih, ayam berkenaan telah diproses selepas ianya betul-betul mati disembelih dengan sempurna. Ayam yang bontotnya kelihatan merah kebiasaannya diproses sebelum ia mati, misalnya yang telah dicabut bulunya ketika ia masih hidup. Manakala jika bontotbayam kelihatan bewarna kebiruan, ayam berkenaan mati sebelum ia disembelih (telah menjadi bangkai). 


Oleh itu, semoga teknik pemilihan ayam segar ini dapat menjadi asas di dalam pemilihan ayam segar yang terbaik. Jangan ragu untuk membuang ayam yang telah busuk kerana ia akan membahayakan kesihatan serta menyebabkan keracunan makanan jika dimasak dan dimakan. 

Teknik Memilih Kentang Terbaik

Kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat yang dapat menggantikan nasi. Kentang mudah disediakan dan diolah menjadi pelbagai masakan. Kandungan karbohidrat yang terdapat dalam kentang mampu membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. 


Pemilihan kentang yang terbaik adalah penting bagi menghasilkan masakan yang sedap dan berkhasiat. Beberapa teknik memilih kentang adalah seperti berikut:

1. Permukaan kulit kentang

Pilih kentang yang permukaan kulitnya kelihatan licin dan tidak beralun. Pastikan permukaan kentang juga tidak berlubang atau merekah. Rasa kentang berkulit licin ini kebiasaannya lebih manis berbanding kentang kulit kasar. 


2. Warna kulit kentang

Pilih kentang yang bewarna kuning muda. Elakkan memilih kentang yang kulit warna hijau. Kebiasaannya kentang ini berasa pahit dan mengandungi racun yang boleh menyebabkan sakit perut apabila dimakan. Elakkan juga memilih kentang yangbtelah bertunas. 


3. Saiz kentang

Pilih kentang mengikut jenis masakan yang akan disediakan. Jika hendak membuat kerepek, pilih kentang bersaiz besar. Namun jika hendak membuat kentang bakar, pilihlah kentang bersaiz kecil yang rasanya pasti lebih manis dan lazat. 


4. Berat kentang

Pilih kentang yang berat dan padat. Kebiasaannya kentang ringan dan lembik mungkin telah lama dan akan cepat busuk. 


5. Simpan kentang

Elakkan menyimpan kentang yang dibeli di dalam plastik. Sebaliknya simpan dalam bekas yang tidak tersedah kepada cahaya matahari. 


Oleh itu, pilihan kentang yang terbaik pasti akan menghasilkan masakan yang sedap dan segar. Sebaiknya rancang menu yang akan dimasak menggunakan kentang bagi memastikan pembelian kentang adalah mengikut keperluan. 







Teknik Kenalpasti Beras Tiruan

Beras adalah makanan asas bagi kebanyakan negara Asia. Namun sejak kebelakangan ini kita diwar-warkan mengenai kewujudan beras tiruan di pasaran negara jiran seperti Indonesia. Jika dilihat dengan mata kasar, beras tiruan dan beras asli adalah kelihatan sama. 


Pengambilan beras tiruan adalah berbahaya kepada kesihatan kita. Sebagai pengguna, kita perlu mempunyai ilmu asas bagi mengenalpasti beras tiruan. Beberapa teknik mudah untuk kenalpasti beras tiruan adalah seperti berikut:

1. Ambil satu sudu beras dan bakar dengan api. Jika baunya seperti bau plastik, beras itu adalah tiruan. 

2. Masukkan satu sudu beras ke dalam minyak panas. Jika beras itu adalah tiruan, ia akan cair seperti plastik dan membentuk lapisan di permukaan kuali. 

3. Masukkan satu sudu beras ke dalam gelas berisi air putih dan kacau. Jika beras tenggelam di dasar gelas, ia adalah asli. Beras tiruan akan kelihatan terapung di permukaan air dalam gelas. 

4. Rebus sengenggam beras seperti memasak nasi. Setelah mendidih, perhatikan jika terdapat lapisan tebal terbentuk di permukaan periuk. Lapisan berkenaan adalah plastik.

5. Masak segenaggam beras menjadi nasi seperti biasa. Ambil nasi berkenaan dan letakkan di dalam bekas terbuka selama duq hingga tiga hari. Jika nasi berkulat, ia adalah beras asli.

Oleh itu, adalah penting untuk kita memastikan beras yang dimasak adalah selamat untuk dimakan. Ini disebabkan pengambilan beras tiruan adalah merbahaya kepada kesihatan kita kerana ianya diperbuat daripada bahan kimia seperti plastik. 

Susu Kambing Halia dan Khasiatnya

Kebelakangan ini badan rasa cepat lesu dan kerap sendawa. Ini adalah tanda-tanda awal angin banyak dalam badan. Banyak petua orang dulu bagi membuang angin dari badan hanya menggunakan bahan yang sedia ada di dapur. Antaranya adalah dengan menggunakan halia. 

Selain dari mudah didapati, halia juga murah dan jimat. Kali ini dikongsikan minuman istimewa bagi membuangnangin dari badan hanya dengan menggunakan halia dan susu kambing.

Bahan-bahan susu kambing halia:

  • 1 paket serbuk susu kambing (tak kisah jenama apa. Saya guna jenama Best Goat yang dibeli di Mydin). Boleh juga gunakan susu kambing segar jika ada
  • 2 inci halia (dihiris atau diketuk)
  • Secubit serbuk kayu.manis
  • Air tapis



Cara membuat susu kambing halia:

  1. Rebus halia bersama air tapis sehingga mendidih. 
  2. Gunakan air rebusan halia untuk membancuh serbuk susu kambing (jika menggunakan susu kambing segar, boleh terus campurkan dengan air halia)
  3. Tambah secubit serbuk kayu manis. 
  4. Susu halia sedia diminum.


Khasiat susu kambing halia:

  • Membuang angin yang menyebabkan kembung perut.
  • Menghilangkan lenguh badan.
  • Badan berasa ringan.


Selamat mencuba!!!

Tip Pilih Cili Kering Ikut Tahap Kepedasan

Cili kering adalah salah satu daripada bahan utama di dalam penyediaan menu masakan. Pemilihan cili kering yang sesuai adalah penting bagi memastikan masakan yang dimasak memenuhi tahap kepedasan yang dikehendaki.
 

Ini kerana masakan yang terlalu pedas mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah individu misalnya kanak-kanak. Pada kali ini akan dikongsikan beberapa tip pemilihan cili kering berdasarkan kepada tahap kepedasan seperti berikut:

1. Sangat pedas

Cili kering bersaiz sederhana, bentuk lurus panjang, berkilat dan banyak biji adalah sangat pedas. Cili kering jenis ini sesuai diproses menjadi serbuk paprika. 

2. Sederhana pedas

Cili kering bersaiz sederhana, kerinting, bentuk berkedut dan banyak biji adalah sederhana pedas. Jika anda merebus cili kering ini untuk dikisar dan disimpan sebagai stok, jangan buang semua bijinya. Ambil sedikit bijinya dan kisar bersama cili bagi menghasilkan cili kisar yang lebih sedap.

3. Tidak pedas

Cili kering yang bersaiz besar, bentuk gemuk, berkilat dan kurang biji kebiasaannya tidak pedas. Anda boleh menggunakan cili kering jenis ini untuk memasak makanan kepada golongan kanak-kanak atau dewasa yang tidak tahan dengan masakan yang pedas.

Oleh itu, terpulang kepada anda untuk memilih jenis cili kering yang sesuai untuk masakan yang berbeza. Anda juga mungkin boleh mencampurkan kombinasi beberapa jenis cili ini bagi menghasilkan masakan yang seimbang rasa pedasnya. 

Bahaya Makan Kentang Bertunas

Kentang merupakan salah satu daripada makanan yang kaya dengan karbohidrat menyihatkan. Selain harganya yang murah, pelbagai menu masakan berasaskan kentang mudah dimasakboleh dimasak. Mungkin ada di kalangan anda yang suka memborong kentang dalam kuantiti yang banyak ketika membeli barangan dapur. Jika kentang ini disimpan lama, ianya akan bertunas. 

Bahaya Makan Kentang Bertunas
Bahaya Makan Kentang Bertunas


Tahukah anda, kentang yang telah bertunas berbahaya untuk kesihatan anda? Beberapa bahaya makan kentang yang telah bertunas adalah seperti berikut:

Teknik Simpan Sayur Berdaun dalam Peti Sejuk

Salah satu daripada kesukaran ibu-ibu adalah mengenai penyimpanan sayur-sayuran berdaun dalam peti sejuk. Selalunya sayur berdaun akan cepat lembik dan busuk. Teknik penyimpanan sayuran berdaun ini telah saya amalkan sejak beberapa tahun yang lalu. Selalunya suami saya akan membeli stok lauk pauk dan sayur-sayuran untuk dua minggu. 

Teknik Simpan Sayur Berdaun dalam Peti Sejuk

Teknik penyimpanan sayur berdaun yang saya amalkan adalah seperti berikut:

Idea Kitar Semula Makanan #9: Pisang Terlalu Masak Menjadi Cekodok Pisang

Pada minggu lepas suami saya telah membeli buah pisang berangan (Cavendish) dalam kuantiti yang banyak. Apabila disimpan hampir seminggu, pisang ini telah 'terlalu masak' dan lembik. Hendak dibuang terasa sayang, tapi hendak dimakan sudah terlalu lembik. Saya membuat keputusan untuk memasak cekodok pisang dengan menggunakan pisang lembik ini.
 


Bahan-bahan dan cara membuat cekodok pisang versi saya adalah seperti berikut:

Perbezaan Jenis Tepung Beras

Terdapat beberapa jenis tepung beras yang dijual di pasaran. Walau pun ia kelihatan sama pada pandangan mata kasar, namun ia memiliki perbezaan di dalam struktur tepung dan kegunaannya juga berbeza. Jika anda perhatikan betul-betul, sebenarnya terdapat juga perbezaan pada label bungkusan tepung beras yang dijual. Kesalahan memilih jenis tepung ini akan menyebabkan masakan yang dimasak tidak menjadi. 

Perbezaan Jenis Tepung Beras
Perbezaan Jenis Tepung Beras

Kali ini akan dikongsikan mengenai perbezaan jenis tepung beras dan kegunaannya seperti berikut:

Idea Kitar Semula Makanan #8: Sambal Ayam Masak Merah sebagai Rencah Masakan

Selalunya kalau di rumah, ahli keluarga saya kurang suka makan ayam bahagian isi (dada ayam). Kalau masak sambal ayam masak merah, bahagian ini yang akan tinggal bersama kuah sambal. Prinsip hidup saya tidak suka membazir jika makanan berkenaan masih elok. 

Sambal Ayam Masak Merah sebagai Rencah Masakan
Sambal Ayam Masak Merah sebagai Rencah Masakan

Oleh itu, baki ayam masak merah ini akan saya manfaatkan dengan sebaiknya. Cara saya kitar semula baki ayam masak merah adalah seperti berikut:

Teknik Jimat Sabun Cuci Pinggan

Sabun cuci pinggan adalah salah satu perbelanjaan yang perlu diambil kira pada setiap bulan. Walaupun nilainya mungkin tidak seberapa jika dibandingkan dengan peruntukan untuk perbelanjaan lain, namun banyak penjimatan perbelanjaan bulanan dapat dirasai jika anda dapat mengurangkan pembeliannya. Teknik jimat sabun cuci pinggan ini juga sangat sesuai kepada anda yang menjalankan perniagaan kedai makan yang perlu mencuci banyak pinggan mangkuk dan perkakas memasak. 

Teknik jimat sabun cuci pinggan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

Idea Kitar Semula Makanan #7: Kuah Sup Ayam atau Daging sebagai Stok

Masalah yang selalu dihadapi oleh ibu-ibu selepas memasak sup ayam atau daging adalah kuah sup tidak habis dimakan. Hendak disimpan tak pasti bila nak habiskan, hendak dibuang pula terasa membazir. Apa kata anda olah atau kitar semula kuah sup berkenaan untuk dijadikan sesuatu? 

Kuah Sup Ayam atau Daging sebagai Stok
Kuah Sup Ayam atau Daging sebagai Stok

Pada kali ini saya akan kongsikan cara saya mengolah baki kuah sup ayam atau daging tidak habis dimakan. Saya olah kuah sup ini seperti berikut:

Teknik Rebus Telur Cantik

Merebus telur untuk makan sendiri seisi keluarga juga ada tekniknya agar telur yang direbus cantik, tidak lembik dan mudah dikupas. Telur rebus ini boleh dipelbagaikan jenis masakan seperti sambal telur, kari telur, telur masak asam dan pelbagai lagi.

Teknik Rebus Telur Cantik
Teknik Rebus Telur Cantik

Teknik merebus telur ini sebenarnya telah pun dipraktikkan oleh ibu-ibu kita sejak zaman dahulu lagi. Namun, sejak kebelakangan ini petua sebegini semakin dilupakan dan luput ditelan zaman. Teknik rebus telur supaya cantik adalah seperti berikut:

Resipi Tomyam Sihat

Resipi tomyam yang saya kongsi ini tidak menggunakan perencah segera/ pes tomyam atau bahan penambah perisa. Resipi tomyam sihat ini sangat sesuai kepada anda yang sedang berdiet dan mengurangkan minyak dalam makanan. Ia juga sesuai untuk anak-anak kecil kerana tidak menggunakan bahan penambah perisa. 

Bahan-bahan dan cara memasak tomyam sihat adalah seperti berikut:

Teknik Menggoreng Ikan Pekasam Tidak Hancur

Ikan pekasam goreng sedap dimakan bersama nasi panas atau pulut. Walau pun baunya kurang menyenangkan, namun apabila siap digoreng dengan sedikit rencah tambahan pasti ianya menjadi hidangan pembuka selera. Untuk menggoreng ikan pekasam supaya tidak hancur juga memerlukan teknik tertentu. 

Teknik menggoreng ikan pekasam supaya ia tidak hancur adalah seperti berikut:

Teknik Goreng Ikan Keli Tak Letup

Menggoreng ikan keli adalah sangat mencabar. Terutamanya bila ikan keli yang sedang digoreng meletup-letup dan minyaknya terpercik terkena muka. Mesti selepas itu anda akan rasa trauma sekejap untuk menggoreng ikan keli. Kali ini akan dikongsikan beberapa teknik menggoreng ikan keli tak letup seperti yang diamalkan oleh mak-mak zaman dahulu.

Tip Goreng Ikan Keli Tak Letup
Tip Goreng Ikan Keli Tak Letup

Selain daripada ikan keli yang digoreng tak meletup, ikan keli juga tidak melekat di kuali dan rasanya sedap. Teknik menggoreng ikan keli tak letup adalah seperti berikut:

Petua Membasuh Beras

Membasuh beras juga mempunyai petua dan adab yang tersendiri. Ini kerana nasi adalah makanan utama yang dimakan oleh ahli keluarga kita. Seeloknya, bersihkan tangan anda terlebih dahulu dengan sabun sebelum mula memasak bagi mencegah kuman dan membersihkan kotoran pada tangan. 

Petua Membasuh Beras
Petua Membasuh Beras - Gambar kredit: tastecooking.com 

Selain itu, amalan petua dan adab membasuh beras ini juga merupakan salah satu ikhtiar untuk melembutkan hati semua ahli keluarga yang makan nasi yang dimasak. Berikut dikongsikan petua membasuh beras:

Teknik Memilih Kacang Bendi

Kacang bendi sedap dimasak pelbagai masakan seperti ditumis, ditambah dalam kari ikan dan asam pedas, direbus cicah sambal belacan dan pelbagai lagi masakan lain. Namun untuk memilih kacang bendi yang muda dan lembut adalah sukar jika tidak tahu caranya. Jika dulu kita lihat di pasar, ibu-ibu akan mematahkan bahagian hujung kacang bendi yang dijual bagi memastikan kacang itu lembut dan muda. Sebenarnya cara ini tidak elok kerana kacang bendi yang dijual akan rosak selepas dipatahkan hujungnya. 

Tip memilih kacang bendi
Tip memilih kacang bendi - Gambar kredit: timesofindia.indiatimes.com

Tip memilih kacang bendi ini saya dapat dari seorang kawan. Yang semestinya tip ini akan menjimatkan masa anda kerana tidak perlu membelek kacang bendi terlalu lama dan anda tidak perlu lagi memilih kacang bendi dengan mematahkan bahagian hujungnya. Tip memilih kacang bendi hanya dengan cara melihat pada bahagian tangkai kacang bendi seperti berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...