Masalah yang selalu dihadapi oleh ibu-ibu selepas memasak sup ayam atau daging adalah kuah sup tidak habis dimakan. Hendak disimpan tak pasti bila nak habiskan, hendak dibuang pula terasa membazir. Apa kata anda olah atau kitar semula kuah sup berkenaan untuk dijadikan sesuatu?
Kuah Sup Ayam atau Daging sebagai Stok |
Pada kali ini saya akan kongsikan cara saya mengolah baki kuah sup ayam atau daging tidak habis dimakan. Saya olah kuah sup ini seperti berikut:
- Asingkan semua rempah ratus dalam sup seperti kulit kayu manis, buah pelaga dan lain2. Ambil kuah sahaja.
- Masukkan kuah sup ini ke dalam bekas kiub ais. Bekas kiub ais saya beli di kedai Eco RM2.10.
- Terus simpan di dalam peti sejuk anda di bahagian sejuk beku.
- Apabila anda hendak memasak sup, kari, mi goreng dan lain-lain boleh ambil ketulan kiub ini dan campakkan sahaja ke dalam masakan.
- Sejak amalkan cara ini, saya jarang membeli kiub pati ayam atau daging. Memang jimat berganda-ganda.
Semoga perkongsian idea kitar semula kuah sup ayam atau daging sebagai stok ini bermanfaat untuk dicuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan