Teknik Rebus Telur Cantik

Merebus telur untuk makan sendiri seisi keluarga juga ada tekniknya agar telur yang direbus cantik, tidak lembik dan mudah dikupas. Telur rebus ini boleh dipelbagaikan jenis masakan seperti sambal telur, kari telur, telur masak asam dan pelbagai lagi.

Teknik Rebus Telur Cantik
Teknik Rebus Telur Cantik

Teknik merebus telur ini sebenarnya telah pun dipraktikkan oleh ibu-ibu kita sejak zaman dahulu lagi. Namun, sejak kebelakangan ini petua sebegini semakin dilupakan dan luput ditelan zaman. Teknik rebus telur supaya cantik adalah seperti berikut:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan satu sudu garam. 
  2. Masukkan telur ke dalam periuk dan buka api sederhana besar. Rebus telur selama 30 minit. 
  3. Angkat periuk dan letakkan di sinki. Alirkan air paip ke dalam periuk sehingga suam-suam kuku. 
  4. Boleh kupas kulit telur seperti biasa.
  5. Telur rebus boleh dipelbagaikan resipi masakan mengikut citarasa anda. 
* Tip ekstra: 

  • Pastikan telur yang akan direbus berada dalam suhu bilik.
  • Jika kulit telur tebal, mesti kupas cepat-cepat semasa telur masih suam. Namun, jika kulit telur nipis, boleh dikupas kulit setelah telur sejuk.
  • Kulit telur tebal gred A-C manakala kulit telur nipis gred D-F.

Semoga perkongsian teknik rebus telur supaya cantik ini bermanfaat untuk anda amalkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...