Teknik Jimat Sabun Cuci Pinggan

Sabun cuci pinggan adalah salah satu perbelanjaan yang perlu diambil kira pada setiap bulan. Walaupun nilainya mungkin tidak seberapa jika dibandingkan dengan peruntukan untuk perbelanjaan lain, namun banyak penjimatan perbelanjaan bulanan dapat dirasai jika anda dapat mengurangkan pembeliannya. Teknik jimat sabun cuci pinggan ini juga sangat sesuai kepada anda yang menjalankan perniagaan kedai makan yang perlu mencuci banyak pinggan mangkuk dan perkakas memasak. 

Teknik jimat sabun cuci pinggan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • 1 pek sabun cuci pinggan - 650ml
  • 1 pek garam halus - 500gm
  • 4 liter air
  • Baldi kecil
  • Botol (untuk simpan stok sabun)
  • Corong (untuk menuang cecair sabun)
  • Gunting dan senduk
  • Sticker label dan pen (option)

* Semua bahan di atas kecuali air saya beli di kedai Eco RM2.10

Teknik Jimat Sabun Cuci Pinggan
Teknik Jimat Sabun Cuci Pinggan

Cara menyediakan:

  1. Masukkan 4 liter air ke dalam baldi. 
  2. Tambahkan 1 pek sabun cuci pinggan dan 1 pek garam halus. Jika tiada garam halus, boleh gunakan garam biasa tetapi perlu larutkan garam berkenaan terlebih dahulu dengan 1 liter air panas dan kemudian barulah ditambah 3 liter air tidak panas. 
  3. Kacau ketiga-tiga bahan ini dengan senduk sehingga larut dan sebati semuanya.
  4. Dengan menggunakan corong, tuang campuran sabun ke dalam botol-botol. Saya dapat lebih kurang 2 botol 1.5 liter dan 1 botol 2.7 liter. 
  5. Labelkan botol dan simpan di tempat yang selamat serta jauh daripada kanak-kanak.
  6. Untuk kegunaan seharian, saya masukkan dalam soap dispenser
  7. Selamat mencuba. 


Cara menggunakan sabun:

  1. Perlu goncang botol sabun terlebih dahulu sebelum guna sebab selalunya sabun akan mendap di dasar botol.
  2. Gunakan span cuci pinggan, bukan yang jenis jaring tu. 
  3. Untuk ekstra penjimatan sabun cuci pinggan, boleh letakkan cecair sabun ini ke dalam soap dispenser (yang ini saya beli di Shopee dari China). Anda hanya perlu picit span sebanyak 4 kali untu dapatkan buih sabun. Cuci pinggan seperti biasa. 
  4. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit tangan kering, sebaiknya gunakan losyen pelembap kerana kaedah ini telah mengurangkan bahan pelembap yang dimasukkan dalam sabun. 

Semoga perkongsian teknik jimat sabun cuci pinggan ini bermanfaat untuk anda cuba sendiri di rumah. Perlu diingat bahawa kaedah ini hanyalah bagi tujuan penjimatan sabun cuci pinggan untuk kegunaan di rumah atau kedai makan sahaja. Kaedah ini tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan dalam pembuatan sabun cuci pinggan untuk tujuan komersial. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...