Teknik Memilih Bra yang Sesuai

Pemilihan bra yang sesuai adalah penting bagi memastikan payudara anda sentiasa 'terletak' dan 'selesa bernafas'. Selain itu, bra yang sesuai juga mampu meningkatkan keyakinan diri anda. Pemilihan bra yang tidak sesuai akan menyebabkan payudara kendur dan penampilan kelihatan janggal. 

Teknik Memilih Bra yang Sesuai
Teknik memilih bra yang sesuai - Gambar kredit: today.com
Berikut dikongsikan beberapa teknik asas pemilihan bra yang boleh dipraktik oleh anda:

1. Pita pengukur bra

Gunakan pita pengukur dalam unit inci bagi mengukur saiz bra. Terdapat dua jenis pita pengukur iaitu dari China dan UK. Ukuran inci bagi kedua-dua jenis pita pengukur ini adalah berbeza. Pastikan anda memilih pita pengukur UK.


2. Saiz bra

Saiz bra ditentukan oleh ukur lilit di bahagian bawah payudara anda. Misalnya saiz 32, 34, 36, 38, 40 dan seterusnya. Ukuran ini boleh berubah mengikut berat badan anda. Ukur secara tepat pada bahagian bawah payudara dalam unit inci.


3. Ukuran cup bra

Ukuran cup adalah dalam unit A, B, C dan seterusnya. Bagi menentukan ukuran cup yang tepat, anda perlu mencubanya. Cup yang sesuai akan membalut payudara dengan baik dan tidak menyesakkan dada anda.


4. Jenis fabrik bra

Pilih jenis fabrik bra yang sesuai dan mengikut keselesaan anda. Sebaiknya, pilih bra dari jenis fabrik kapas atau mikrofiber untuk pemakaian pada setiap hari. Fabrik jenis ini akan membuatkan kulit selesa bernafas. Jika anda ingin tampil seksi, boleh pilih bra daripada bahan satin atau renda.


5. Bentuk payudara dan jenis bra

Jika payudara bentuk penuh, pilih jenis bra yang cup penuh, berdawai dan bertali lebar. Bra jenis ini akan menyokong payudara dengan baik dan memberi lebih keselesaan. Namum, jika payudara bentuk kecil, pakai bra jenis ada span atau cup setengah terbuka. Ia akan membuatkan payudara akan kelihatan penuh.


6. Menguji keselesaan bra

Uji keselesaan bra di hadapan cermin dalam fitting room. Masukkan lengan dan letakkan tali bra di bahu. Kemudian sambil membongkok ke depan, masukkan payudara ke dalam cup dan pastikan puting payudara berada di tengah-tengah. Setelah itu, baru kancingkan bra. Tegakkan badan anda dan bra yang selesa akan kelihatan sempurna. Jika bahagian belakang bra ternaik, tali melorot atau cup berkerut menunjukkan bra tersebut besar. Jika payudara kelihatan penuh atau bahagian bawah bra terasa ketat mencengkam, bermakna bra tersebut kecil.


7. Jenis bra dan aktiviti yang sesuai

Pilih jenis bra mengikut aktiviti yang sesuai. Jika ingin memakai gaun untuk makan malam yang memiliki rekaan bahu yang terbuka, blaus berpotongan tank top atau halter, pakai bra jenis tanpa tali. Jika anda ingin bersukan, perlu pakai bra khusus untuk olahraga yang sesuai untuk melakukan aktiviti bersukan. 


Oleh itu, pilih jenis bra yang sesuai dengan saiz payudara dan aktiviti yang akan dilakukan. Semoga perkongsian teknik memilih bra sesuai ini bermanfaat sebagai panduan asas untuk anda memilih bra yang sesuai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...