Tip Pilih Cili Kering Ikut Tahap Kepedasan

Cili kering adalah salah satu daripada bahan utama di dalam penyediaan menu masakan. Pemilihan cili kering yang sesuai adalah penting bagi memastikan masakan yang dimasak memenuhi tahap kepedasan yang dikehendaki.
 

Ini kerana masakan yang terlalu pedas mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah individu misalnya kanak-kanak. Pada kali ini akan dikongsikan beberapa tip pemilihan cili kering berdasarkan kepada tahap kepedasan seperti berikut:

1. Sangat pedas

Cili kering bersaiz sederhana, bentuk lurus panjang, berkilat dan banyak biji adalah sangat pedas. Cili kering jenis ini sesuai diproses menjadi serbuk paprika. 

2. Sederhana pedas

Cili kering bersaiz sederhana, kerinting, bentuk berkedut dan banyak biji adalah sederhana pedas. Jika anda merebus cili kering ini untuk dikisar dan disimpan sebagai stok, jangan buang semua bijinya. Ambil sedikit bijinya dan kisar bersama cili bagi menghasilkan cili kisar yang lebih sedap.

3. Tidak pedas

Cili kering yang bersaiz besar, bentuk gemuk, berkilat dan kurang biji kebiasaannya tidak pedas. Anda boleh menggunakan cili kering jenis ini untuk memasak makanan kepada golongan kanak-kanak atau dewasa yang tidak tahan dengan masakan yang pedas.

Oleh itu, terpulang kepada anda untuk memilih jenis cili kering yang sesuai untuk masakan yang berbeza. Anda juga mungkin boleh mencampurkan kombinasi beberapa jenis cili ini bagi menghasilkan masakan yang seimbang rasa pedasnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...