Bahaya Makan Kentang Bertunas

Kentang merupakan salah satu daripada makanan yang kaya dengan karbohidrat menyihatkan. Selain harganya yang murah, pelbagai menu masakan berasaskan kentang mudah dimasakboleh dimasak. Mungkin ada di kalangan anda yang suka memborong kentang dalam kuantiti yang banyak ketika membeli barangan dapur. Jika kentang ini disimpan lama, ianya akan bertunas. 

Bahaya Makan Kentang Bertunas
Bahaya Makan Kentang Bertunas


Tahukah anda, kentang yang telah bertunas berbahaya untuk kesihatan anda? Beberapa bahaya makan kentang yang telah bertunas adalah seperti berikut:

1. Kentang Bertunas Menyebabkan Keracunan 

Warna kentang yang bertunas akan berubah menjadi kehijau-hijauan dan rasanya berubah menjadi sedikit pahit. Sebenarnya kentang ini mengandungi solanin dan alkaliod jahat. Kebiasaannya kentang mengandungi solanin yang memberikan rasa pahit dan ianya beracun. Solanin boleh ditemui pada bahagian daun batang dan di bawah kulit kentang itu sendiri. Apabila anda makan kentang yang telah bertunas ini, risiko untuk sakit perut adalah tinggi dan ianya juga berbahaya kepada sistem pencernaan anda. Selain itu, anda juga mungkin akan berasa mual, kejang perut, muntah-muntah dan sakit kepala.


2. Kentang Bertunas Kehilangan Nutrisi

Ketika proses bertunas, pati yang terkandung dalam kentang akan ditukar menjadi gula. Berdasarkan kepada penyelidikan yang dijalankan oleh saintis, didapati sekiranya bahagian utama kentang masih kuat, ia masih mempunyai nutrisi yang baik. Sebaliknya jika kentang telah mengecut, nutrisinya telah hilang dan tidak boleh dimakan. 


3. Kentang Bertunas Menyebabkan Risiko Kanser

Kajian yang dijalankan terhadap kentang bertunas mendapati ianya mengandungi sejenis zat beracun dipanggil akrilamida. Akrilamida dalam makanan boleh menyebabkan risiko penyakit kanser ginjal, endometrium dan ovari.


Oleh itu, selepas ini pastikan anda hanya membeli kentang dalam kuantiti yang secukupnya untuk memasak bagi mengelakkan ianya disimpan lama. Kaedah penyimpanan kentang yang sesuai adalah di kawasan gelap yang tidak terdedah kepada cahaya matahari bagi mengelakkan kentang bertunas. Elakkan menyimpan kentang dalam peti ais yang akan menyebabkannya cepat bertunas. Selain kentang, sayuran lain seperti lobak merah dan bawang bombay juga tidak sesuai dimakan jika telah bertunas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...