Teknik Simpan Sayur Berdaun dalam Peti Sejuk

Salah satu daripada kesukaran ibu-ibu adalah mengenai penyimpanan sayur-sayuran berdaun dalam peti sejuk. Selalunya sayur berdaun akan cepat lembik dan busuk. Teknik penyimpanan sayuran berdaun ini telah saya amalkan sejak beberapa tahun yang lalu. Selalunya suami saya akan membeli stok lauk pauk dan sayur-sayuran untuk dua minggu. 

Teknik Simpan Sayur Berdaun dalam Peti Sejuk

Teknik penyimpanan sayur berdaun yang saya amalkan adalah seperti berikut:

Peralatan (semua beli di kedai Eco RM2.10):

  • Bekas bertutup
  • Tuala kecil
  • Gunting
  • Sayuran berdaun
Cara menyimpan sayuran berdaun:
  1. Keluarkan sayur dari plastik. Potong buang bahagian hujung batang sayur bersama akarnya. 
  2. Lapikkan tuala kecil di dasar bekas.
  3. Terus potong sayur masuk ke dalam bekas yang dilapik tuala tadi. Jangan basuh sayur.
  4. Tutup kemas bekas simpanan.
  5. Simpan dalam peti sejuk.
  6. Apabila hendak memasak sayur, keluarkan bekas daripada peti sejuk dan basuh sayur. Masak sayur seperti biasa.
Dengan menggunakan teknik simpan sayur berdaun begini, masa saya dapat dijimatkan kerana tidak perlu kerap keluar ke pasar raya untuk membeli sayur. Masa memasak juga lebih cepat kerana sayur ini telah siap dipotong. Sayur berdaun masih segar walau telah disimpan lebih dari dua minggu. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dicuba. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...