Tips Memupuk Anak Makan Sayur

Kebanyakan kanak-kanak tidak menggemari sayur-sayuran dan menganggapnya sebagai musuh mereka. Pada hari ini saya akan kongsikan berkenaan tips memupuk anak makan sayur dengan cara mempelbagaikan cara memasak sayur. 

Tips Memupuk Anak Makan Sayur
Tips Memupuk Anak Makan Sayur - Sumber gambar fbmis.info
Bagimana caranya untuk membuat si kecil gemarkan sayur? Anda perlu kreatif mempelbagaikan hidangan sayur. Beberapa alternatif hidangan sayur adalah seperti berikut:

1. Tips memupuk anak makan sayur - Sup
Masak sup sayur-sayuran seperti bayam, seleri atau kubis. Campurkan dengan isi ayam, bebola ikan atau telur untuk menyedapkan sup sayur.

2. Tips memupuk anak makan sayur - Goreng
Goreng sayur-sayuran dengan menggunakan minyak yang sedikit dan goreng sekejap sahaja bagi mengekalkan khasiatnya. 

3. Tips memupuk anak makan sayur - Celur
Celur sayur-sayuran dan bolehlah dimakan dengan sos.

4. Tips memupuk anak makan sayur - Kukus
Kukus sayur sekejap sahaja bagi mengelakkannya menjadi lembik dan tidak sedap dimakan. 

5. Tips memupuk anak makan sayur - Stew
Sesekali cuba masak stew sayur-sayuran. 

6. Tips memupuk anak makan sayur - Salad
Tambahkan sedikit thousand island ke dalam sayur mentah dan sedia untuk dimakan. 

7. Tips memupuk anak makan sayur - Kek dan roti
Jika anak anda suka makan roti atau kek, anda boleh menyediakan kek atau roti berperisa sayur-sayuran seperti kek lobak merah atau roti kentang. 

8. Tips memupuk anak makan sayur - Jus
Sediakan sayur seperti jus timun atau lobak merah yang dicampur dengan yogurt atau susu.

Oleh itu, usah berputus asa untuk terus menambat hati anak anda supaya suka kepada sayur. Yang penting anda harus kreatif mempelbagaikan menu berasaskan sayur. Semoga perkongsian tips memupuk anak makan sayur ini memberi inspirasi kepada anda. 

2 ulasan:

  1. mungkin boleh tambah satu lagi tips. iaitu perkenalkan sayur tatkala anak masih kecil.
    Alhamdulillah anak saya sampai ke hari ni sukakan sayur terutama brokoli, carrot

    BalasPadam
  2. betul tu, perlu perkenalkan sayur kepada anak sejak mereka masih kecil.. bagus anak arz moha suka makkan sayur..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...