Tidur yang berkualiti adalah penting bagi mengekalkan stamina dan kesegaran badan kita. Waktu tidur yang paling baik adalah pada waktu malam. Kali ini akan dibincangkan mngenai tips dapatkan tidur berkualiti.
Tips Dapatkan Tidur Berkualiti - maternityinstitute.com |
Sebelum ini telah dikongsikan mengenai kesan akibat kurang tidur. Beberapa tips dapatkan tidur berkualiti adalah seperti berikut:
1. Tips dapatkan tidur berkualiti - Tidur waktu yang tetap
Paksa diri anda untuk tidur di waktu yang tetap pada setiap malam. Lama-kelamaan pasti badan kita akan terbiasa. Elak tidur panjang pada waktu siang (kecuali boleh tidur sebentar sebelum waktu Zohor iaitu mengikut sunnah Rasulullah SAW).
2. Tips dapatkan tidur berkualiti - Lakukan senaman
Bersenamlah secara teratur sekurang-kurangnya selama 15 minit pada setiap petang. Senaman boleh menghilangkan ketegangan badan anda. Dengan melakukan senaman pasti anda akan tidur dengan lena.
3. Tips dapatkan tidur berkualiti - Suasana ketika tidur
Pilih bantal dan tilam yang selesa untuk tidur. Seeloknya padamkan lampu ketika anda tidur untuk mengelakkan gangguan cahaya. Haruman aromaterapi seperti lavender juga boleh digunakan dengan cara menitiskannya ke dalam air suam.
4. Tips dapatkan tidur berkualiti - Pemakanan sebelum tidur
Pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang sebelum tidur. Jika berasa lapar, makanlah snek buah-buahan seperti pisang atau epal. Elakkan minuman berkafein seperti kopi sebaliknya gantikan dengan minuman seperti susu suam.
5. Tips dapatkan tidur berkualiti - Kawal tekanan perasaan
Tenangkan perasaan anda sebelum tidur dan elakkan memikirkan masalah. Bagi yang beragama Islam bolehlah melakukan solat sunat Taubat dan memohon keampunan dari Allah SWT. Jangan lupa untuk maafkan orang sebelum tidur.
6. Tips dapatkan tidur berkualiti - Posisi yang selesa
Posisi tidur yang selesa seeloknya tidur dengan badan mengiring ke kanan seperti sunnah Rasullah SAW. Bacalah doa sebelum tidur, 1 kali surah (al-fatihah, ayat kursi, al-Ikhlas, al-Nas, al-Falaq) dan 33 kali (Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar).
7. Tips dapatkan tidur berkualiti - Elak menonton televisyen
Jangan terlalu banyak menonton televisyen. Cerita di dalam televisyen boleh mempengeruhi perasaan kita. Misalnya jika sebelum tidur anda menonton cerita seram, pasti anda akan terbayang adegan seram itu ketika hendak tidur.
Oleh itu, tidur yang banyak (lama) tidak semestinya benar-benar berkualiti. Semoga perkongsian mengenai tips dapatkan tidur berkualiti ini dapat anda manfaatkan. Segera berjumpa dengan doktor jika masalah imsomnia berlarutan.
tips yang terbaik...tips no 2 memang terbukti berkesan.
BalasPadammacam saya kalau main badminton sebelah petang. Jam 10 mata pun tak larat buka
tips 6 dan 7 juga memang berkesan
terima kasih arz moha.. semoga perkongsian ini bermanfaat..
BalasPadam