Kesan Akibat Kurang Tidur

Seorang manusia normal memerlukan waktu tidur antara enam hingga lapan jam setiap hari. Namun ada masanya terdapat individu yang mengalami masalah sukar tidur (insomnia). Kali ini akan dikongsikan beberapa kesan akibat kurang tidur

Kesan Akibat Kurang Tidur
Kesan Akibat Kurang Tidur - Sumber gambar popsugar.com
Masalah insomnia yang berlaku adalah tidak mengira usia. Beberapa kesan akibat kurang tidur adalah seperti berikut:

1. Kesan akibat kurang tidur - Sakit kepala
Sekiranya kurang tidur, sakit kepala mungkin akan terjadi. Jika dibiarkan berlarutan, ianya boleh menyebabkan seseorang menjadi pemarah dan tertekan yang seterusnya menjadi penyebab penyakit seperti darah tinggi. 

2. Kesan akibat kurang tidur - Kenaikan berat badan 
Proses pembakaran kalori juga berlaku ketika kita tidur. Apabila tidak boleh tidur seseorang itu cenderung untuk mengambil pelbagai snek tidak sihat seperti kerepek dan gula-gula yang seterusnya menyebabkan kenaikan berat badan. 

3. Kesan akibat kurang tidur - Kelihatan lebih berusia 
Apabila tidak cukup tidur akan kelihatan lingkaran hitam di bawah mata yang lama-kelemaan menampakkan wajah lebih berusia.

4. Kesan akibat kurang tidur - Masalah kurang tumpuan 
Sekiranya tidak cukup tidur, badan tidak mendapat rehat yang cukup dan otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini akan mengganggu tumpuan dan daya ingatan seseorang. 

5. Kesan akibat kurang tidur - Melemahkan sistem pertahanan badan (imun)
Ketika tidur sel-sel kulit kita akan berehat dan diperbaharui. Jika kurang tidur, sel darah putih di dalam badan akan berkurangan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi lemah. 

Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti setiap hari. Dalam artikel yang akan datang akan dikongsikan mengenai tips dapatkan tidur berkualiti. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian artikel kesan akibat kurang tidur ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...