Tips Kurangkan Gula dalam Makanan

Penggunaan gula secara berlebihan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti obesiti dan kencing manis. Kali ini saya akan kongsikan mengenai tips kurangkan gula dalam makanan.

Tips Kurangkan Gula dalam Makanan
Tips Kurangkan Gula dalam Makanan - Sumber gambar rodalenews.com
Sebelum ini dibincangkan kadar gula dalam makanan. Beberapa tips kurangkan gula dalam makanan adalah seperti berikut:

1. Tips Kurangkan Gula dalam Makanan – Masak makanan di rumah
Kurangkan penggunaan gula di dalam penyediaan makanan seperti kuih muih, biskut, kek dan aiskrim. 

2. Tips Kurangkan Gula dalam Makanan – Minuman 
Hindari minuman bekarbonat, kordial atau sirap kerana kandungan gulanya tinggi. Gantikan dengan meminum air kosong dan air buah. Anda boleh juga menggunakan stevia sebagai pemanis. 

3. Tips Kurangkan Gula dalam Makanan – Semak label makanan segera
Pastikan label 'tanpa gula tambahan' jika anda mahu membeli makanan segera. 

4. Tips Kurangkan Gula dalam Makanan – Makan di kedai
Elakkan memesan minuman manis ketika makan di kedai. Sebaliknya pesanlah air kosong. 

5. Tips Kurangkan Gula dalam Makanan – Ganti dengan yang sihat
Gantikan pencuci mulut (manisan atau kuih manis) dengan pencuci mulut buah-buahan segar. 

Oleh itu, kurangkan penggunaan gula di dalam kehidupan seharian bagi menjamin kesihatan yang baik dan berkekalan. Semoga perkongsian mengenai tips kurangkan gula dalam makanan ini bermanfaat untuk anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...