Tips Pencegahan Jenayah Pecah Rumah

Jenayah pecah rumah banyak berlaku ketika penghuni tiada di rumah, tiada jiran atau akibat kecuaian penghuni rumah seperti terlupa mengunci pintu. Kali ini saya akan kongsikan pula mengenai tips pencegahan jenayah pecah rumah

Tips Pencegahan Jenayah Pecah Rumah
Tips Pencegahan Jenayah Pecah Rumah - Sumber gambar squareoneinsurance.ca
Sebelum ini telah dokongsikan mengenaitips pencegahan jenayah rompakan. Berikut adalah beberapa tips pencegahan jenayah pecah rumah:

1. Tips pencegahan jenayah pecah rumah –Kunci pintu dan tingkap
Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.

2. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Jangan tinggal kunci
Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.

3. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Jangan maklumkan anda tiada di rumah
Jangan tinggalkan nota atau kemaskini status laman sosial anda dengan mengatakan anda tiada di rumah. 

4. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Hentikan pesanan surat khabar
Hentikan penghantaran surat khabar apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

5. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Tukar kunci baru
Pasang semula mangga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar. 

6. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Elak memberi kunci rumah
Elakkan memberi kunci rumah kepada orang lain termasuklah kontraktor.

7. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Jangan tinggal barang kemas dan wang tunai
Simpan wang tunai anda di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.

8. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Pasang lampu timer
Pasang lampu dengan timer di dalam dan luar rumah bagi mewujudkan suasana rumah berpenghuni.

9. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Matikan telefon
Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering ketika anda tiada di rumah. Elakkan memasang sistem pesanan suara yang mengatakan anda tiada di rumah. 

10. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Sertai program kejiranan
Khususnya program bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.

11. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Minta tolong jiran
Minta tolong jiran menjaga rumah sepanjang ketiadaan anda dan mengambilsurat dalam peti surat. 

12. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Keselamatan rumah
Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.

13. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Pasang alat keselamatan
Pasang sistem penggera dan ‘CCTV’ di rumah anda.

14. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Simpan peralatan
Pastikan tangga dan peralatan bertukang atau berkebun disimpan dalam stor agar ianya tidak digunakan oleh penceroboh untuk memecah masuk ke rumah anda. 

15. Tips pencegahan jenayah pecah rumah – Kemaskan luar rumah
Pastikan tiada pokok di sekitar rumah anda yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah. Bersihkan juga lalang dan semak-samun di luar rumah anda. 

Semoga perkongsian tips pencegahan jenayah pecah rumah ini menjadi panduan berguna untuk anda yang akan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti. Ingatlah bahawa jenayah berlaku apabila adanya peluang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...