Petua Hentikan Tabiat Menggigit Kuku

Menggigit kuku adalah tabiat yang tidak baik kerana ianya merosakkan kuku dan membahayakan kesihatan. Pada hari ini saya akan kongsikan mengenai beberapa petua hentikan tabiat menggigit kuku

Petua Hentikan Tabiat Menggigit Kuku
Petua Hentikan Tabiat Menggigit Kuku - Sumber gambar simpleremedies.net
Tabiat menggigit kuku berlaku secara spontan mungkin disebabkan oleh perasaan gugup, lapar atau bosan. Berikut adalah petua hentikan tabiat menggigit kuku:

1. Petua hentikan tabiat menggigit kuku – Elakkan bosan
Sibukkan diri anda dengan melakukan dengan pelbagai aktiviti seperti bersukan, memasak, membaca atau menari.

2. Petua hentikan tabiat menggigit kuku – Aktif menggunakan jari
Aktif gunakan jari anda untuk melakukan aktiviti seperti melukis, bermain piano, menjahit atau menyulam. 

3. Petua hentikan tabiat menggigit kuku – Jadikan rasanya teruk
Letakkan sesuatu di kuku anda. Contohnya halia yang rasanya pedas. Pasti anda akan serik untuk menggigit kuku apabila terkena rasa pedas.

4. Petua hentikan tabiat menggigit kuku – Kunyah sesuatu 
Kunyahlah gula-gula getah atau snek seperti buah bagi mengelakkan tabiat menggigit kuku. 

5. Petua hentikan tabiat menggigit kuku – Buat rawatan kuku
Buatlah rawatan kuku, apabila kuku telah cantik, tentu anda akan rasa bersalah untuk menggigitnya.

Oleh itu, jangan biarkan tabiat menggigit kuku mengancam kesihatan akibat bakteria yang terdapat di kuku anda. Semoga anda mendapat manfaat dari pembacaan mengenai petua hentikan tabiat menggigit kuku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...