Tips Hapuskan Ketagihan Makanan Ringan

Makanan ringan adalah makanan tinggi kalori tetapi rendah khasiatnya. Salah satu daripada punca yang menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan adalah pengambilan makanan ringan. Kali ini saya akan kongsikan mengenai tips hapuskan ketagihan makanan ringan. 

Tips Hapuskan Ketagihan Makanan Ringan
Tips Hapuskan Ketagihan Makanan Ringan - Sumber gambar mogi.co.rs
Kebiasaan mengambil makanan ringan akan menyebabkan ketagihan. Beberapa tips hapuskan ketagihan makanan ringan adalah seperti berikut: 

1. Tips hapuskan ketagihan makanan ringan - Aktif bersukan
Aktiviti bersukan boleh menyebabkan badan anda merasa gembira kerana ia akan menghasilkan hormon yang menenangkan (endorfin). 

2. Tips hapuskan ketagihan makanan ringan - Kurangkan secara berperingkat
Jangan berhenti mengambil makanan ringan secara mendadak. Sebaliknya kurangkan pengambilannya sedikit demi sedikit. 

3. Tips hapuskan ketagihan makanan ringan - Ambil sarapan
Ambil sarapan yang mengandungi banyak serat dan protein. Ini akan membuatkan anda merasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan untuk mencari makanan ringan. 

4. Tips hapuskan ketagihan makanan ringan - Pilih yang mahal
Jika anda terpaksa membayar harga makanan ringan dengan harga yang mahal, lama-kelamaan pasti anda akan berasa serik untuk membelinya. 

5. Tips hapuskan ketagihan makanan ringan - Makan secara kerap
Makan secara kerap tetapi dalam saiz yang kecil. Ini akan menstabilkan gula darah anda dan sekaligus dapat mengurangkan rasa lapar. 

6. Tips hapuskan ketagihan makanan ringan - Ambil makanan tambahan 
Pastikan zat di dalam tubuh anda sentiasa mencukupi. Apabila tubuh kekurangan khasiat, secara automatik tubuh akan mengarahkan otak supaya makan. Anda boleh mengambil makanan tambahan bagi menampung kekurangan zat dalam badan. 

7. Tips hapuskan ketagihan makanan ringan - Pilih sayur, buah dan kekacang
Penuhkan troli anda dengan makanan sihat seperti sayur, buah dan kekacang ketika membeli barangan dapur. Jika lapar bolehlah jadikan buah-buahan atau kekacang sebagai snek atau kudapan.  

Oleh itu, usaha untuk menghapuskan ketagihan terhadap makanan ringan akan menjadi sukar sekiranya anda tidak benar-benar tekad untuk meninggalkannya. Diharap perkongsian tips hapuskan ketagihan makanan ringan ini bermanfaat untuk anda amalkan. 

2 ulasan:

  1. tips no 4 memang menjadi. Bila saya fikir nak makan makanan ringan atau makanan segera saya selalu fikir dari beli mahal-mahal baik makan makanan yang berkhasit lagi murah

    BalasPadam
  2. yang penting pilih makanan yang berkhasiat..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...