Cara Membuat Makanan Ikan (Pallet)

Membuat sendiri makanan ikan (pallet) adalah baik kerana kita boleh menganggar keperluan protein yang diperlukan oleh ikan. Kali ini saya akan kongsikan mengenai cara membuat makanan ikan (pallet) berdasarkan pengalaman praktikal saya.

Cara Membuat Makanan Ikan (Pallet)
Cara Membuat Makanan Ikan (Pallet) - Sumber gambar aboutclownfish.blogspot.com
Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai cara membuat benih ikan keli dan cara membuat artemia sendiri. Cara membuat makanan ikan (pallet) adalah seperti berikut:


Bahan/Peralatan cara membuat makanan ikan (pallet) :

Bahan makro:
3970 g Tepung ikan
2830 g Tepung soya
2340 g Tepung jagung

Bahan milkro:
0.3 g Phospitan-C
100 g Choline chloride
50 g Vitamin campuran
50 g Mineral campuran
100 g Mastercube

560 g Minyak ikan
Air (kuantiti adalah 30% daripada jumlah berat bahan-bahan makro, mikro dan minyak ikan)
Mesin pengadun dengan mesin pembuat pallet
Penimbang
Oven
Penapis (untuk mengayak)
Plastik lutsinar dan gelang getah

Langkah-langkah cara membuat makanan ikan (pallet):

1. Cara membuat makanan ikan (pallet) - Pengadunan bahan makro
Bahan makro yang telah ditimbang dimasukkan ke dalam mesin pengadun sedikit demi sedikit dan diadun selama 10 minit. 

2. Cara membuat makanan ikan (pallet) - Pengadunan bahan mikro
Ramuan mikro dimasukkan sedikit demi sedikit dan diadun hingga sebati selama 10 minit. 

3. Cara membuat makanan ikan (pallet) - Pengadunan minyak ikan dan air
Minyak ikan dimasukkan dan dibancuh selama 10 minit. Air dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan diadun selama 10 minit lagi. 

4. Cara membuat makanan ikan (pallet) - Pembentukan pallet
Adunan yang telah diadun dimasukkan ke dalam mesin pallet. Saiz pelet yang dihasilkan adalah 1 mm panjang (saiz boleh diubah mengikut acuan). Palet yang telah siap dibentuk akan diratakan di dalam dulang.

5. Cara membuat makanan ikan (pallet) - Pengeringan pallet 
Pallet yang telah dihasilkan akan dikeringkan di dalam oven pada suhu 40 darjah celsius selama 24 jam. Atau pallet juga boleh dikeringkan di bawah cahaya matahari. 

6. Cara membuat makanan ikan (pallet) - Penyimpanan pallet 
Pallet yang telah kering diayak menggunakan pengayak bagi menyingkirkan habuk pallet. Masukkan ke dalam beg plastik lutsinar sebanyak dua lapis dan diikat kemas. Simpan di dalam bekas bertutup bagi menjamin kualitiya. 

Bahan untuk membuat makanan ikan (pallet) ini adalah dengan kadar protein 45% iaitu menggunakan protein tumbuhan melebihi protein haiwan. Semoga perkongsian mengenai cara membuat makanan ikan (pallet) ini bermanfaat untuk anda. 

*Nota : Protein tumbuhan adalah lebih murah jika dibandingkan dengan protein haiwan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...