Kesibukan kerja bukanlah alasan untuk kita mengabaikan waktu makan. Kurang makan akan mengakibatkan badan berasa lesu, tidak bertenaga dan kurang bermaya. Walau sesibuk mana pun kita, pemakanan seharian kita perlu dijaga.
Jenis Tenaga Segera Ketika Lapar - Sumber gambar teruskan.com |
Coklat sebagai tenaga segera ketika lapar
Coklat membekalkan karbohidrat yang memberi tenaga segera. Rasa manisnya pasti membuatkan anda berasa kenyang.
Susu dan yogurt sebagai tenaga segera ketika lapar
Susu dan yogurt membekalkan protein sihat kepada badan anda. Ianya juga mengenyangkan perut sementara menunggu makanan berat.
Buah-buahan sebagai tenaga segera ketika lapar
Buah-buahan kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan serat yang baik untuk sistem penghadaman. Anda boleh mengambil buah kering dan buah segar seperti kurma atau pisang.
Oleh itu, semoga perkongsian mengenai jenis tenaga segera ketika lapar ini bermanfaat untuk anda. Pilihlah makanan yang berkhasiat untuk memberi tenaga kepada kita. Anda juga boleh membaca jenis makanan malam untuk diet di dalam artikel yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan