Tips Ketenangan Hati

Setiap orang pastinya inginkan hati yang tenang di dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Hati yang tenang selalunya akan membahagiakan diri seseorang. Kali ini saya akan kongsikan mengenai tips ketenangan hati. 

Tips Ketenangan Hati
Tips Ketenangan Hati - Sumber gambar slightlynorthofawesome.wordpress.com
Berikut beberapa tips ketenangan hati: 

1. Tips ketenangan hati – Jaga hubungan dengan Allah SWT 
Ingatlah bahawa apabila kita menjaga Allah SWT, pasti Dia juga akan menjaga kita. Laksanakan segala suruhan-Nya dan jauhi larangan-Nya. Perbanyakkan solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir. 

2. Tips ketenangan hati – Berfikiran positif dan berbaik sangka 
Sentiasa berbaik sangka dan berfikir positif terhadap dugaan dari Allah SWT. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ikhlaskan hati untuk menerima ketentuan dari Allah SWT. 

3. Tips ketenangan hati – Bertenang 
Sikap terburu-buru akan membuatkan hati berasa tidak tenang. Jadikan segala kesilapan yang lalu sebagai pengajaran yang mematangkan diri kita. 

4. Tips ketenangan hati – Jangan berdendam 
Dendam adalah racun kepada ketenangan hati. Maafkan kesalahan orang lain terhadap kita setiap kali sebelum tidur pada waktu malam. 

5. Tips ketenangan hati – Bersyukur 
Terimalahsegala kelebihan dan kekurangan diri kita dengan seadanya. Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT walaupun sedikit. 

Oleh itu, semoga perkongsian mengenai tips ketenangan hati ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah SWT agar hati kita sentiasa tenang dan kuat untuk menghadapi dugaan yang mendatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...