Artemia adalah salah satu daripada makanan awal yang popular untuk benih ikan marin dan air tawar. Sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai cara membuat benih ikan Keli. Kali ini saya akan kongsikan cara membuat Artemia.
Cara Membuat Artemia - Sumber gambar dennerle.eu |
Cara membuat Artemia adalah seperti berikut:
Bahan/ Peralatan cara membuat Artemia:
3 sudu Artemia kering (boleh didapati di kedai Ikan hiasan atau kedai makanan ikan)
Tangki pengkulturan (berwarna gelap dan berbentuk silinder dengan injap paip di bahagian bawah)
Penapis halus (saiz 120 mikron)
Air laut atau air tawar dicampur garam
Sistem pengudaraan (Aeration)
Langkah-langkah cara membuat Artemia:
1. Cara membuat Artemia - Rendam Artemia
Rendam Artemia di dalam air paip selama 3-4 jam (untuk memecahkan kapsul telurnya). Kemudian masukkan ke dalam penapis halus dan bilas dengan air paip selama 5 minit.
2. Cara membuat Artemia - Sediakan tangki pengkulturan
Masukkan air laut atau air tawar bercampur garam (kemasinan 30-35 ppt) ke dalam tangki pengkulturan.
3. Cara membuat Artemia - Kultur Artemia
Masukkan Artemia ke dalam tangki pengkulturan dan berikan pengudaraan yang secukupnya. Artemia sedia untuk dituai selepas 18-24 jam.
4. Cara membuat Artemia - Penuaian Artemia
Tutup bahagian atas tangki supaya gelap*. Buka injap bawah tangki sedikit dan tapis nauplii Artemia dengan penapis halus. Sedia untuk diberi makan kepada benih ikan.
Artemia adalah makanan yang sesuai kerana ianya memberikan nutrien yang secukupnya bagi peringkat awal tumbesaran anak ikan. Saya berharap agar perkongsian mengenai cara membuat Artemia ini dapatlah anda praktikkan sendiri.
*Nota - Artemia akan turun mendekati cahaya di bahagian bawah tangki dan meninggalkan kulit telurnya di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan