Petua Terangkan Hati Terima Ilmu

Hati kita mungkin sukar untuk menerima ilmu disebabkan oleh perbuatan buruk yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Kali ini saya akan kongsikan mengenai beberapa petua terangkan hati terima ilmu

Petua Terangkan Hati Terima Ilmu
Petua Terangkan Hati Terima Ilmu - Sumber gambar sgtheasianparent.com
Hati yang terang amat penting terutamanya kepada para pelajar yang sedang menuntut ilmu. Petua terangkan hati terima ilmu adalah seperti berikut:


1. Petua terangkan hati terima ilmu - Meninggalkan perkara yang lalai
Kita harus meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan seperti banyak berangan-angan dan terlalu memilirkan hal dunia. 

2. Petua terangkan hati terima ilmu - Menjaga punca rezeki
Pastikan rezeki kita dari sumber yang halal. Elakkan memakan rezeki dari sumber yang shubhah. Diri kita adalah apa yang kita makan. 

3. Petua terangkan hati terima ilmu - Membaca al-Quran
Perbanyakkan amalan membaca al-Quran dan berzikir. Hanya dengan mengingati Allah SWT hati kita akan menjadi tenang dan terang.

4. Petua terangkan hati terima ilmu - Menjaga perut
Makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Perut yang terlalu kenyang boleh menyebabkan kita berasa malas dan hati sukar menerima ilmu. Banyakkan memakan kismis dan kurma. 

5. Petua terangkan hati terima ilmu - Ikhlas kepada Allah SWT
Belajarlah dengan ikhlas kerana Allah SWT. Hati yang ikhlas pasti akan mudah menerima serta memahami ilmu yang diajar. 

6. Petua terangkan hati terima ilmu - Mengamalkan dan menyebarkan ilmu
Semakin banyak kita berkongsi dengan orang lain, semakin bertambah kefahaman kita terhadap sesuatu ilmu. Jangan lupa juga untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari agar kita tidak lupa. 

7. Petua terangkan hati terima ilmu - Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT
Doa adalah senjata orang mukmin, oleh itu jangan malas untuk berdoa agar diberikan hati yang terang. Bertawakallah kepada Allah SWT setelah anda berusaha dan berdoa. 

Semoga perkongsian mengenai petua terangkan hati terima ilmu ini bermanfaat untuk diamalkan. Ingatlah bahawa kita harus mengikuti suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya bagi mendapatkan keredhaan-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...