Cara Renew Roadtax dan Insurans Kereta melalui MYEG

Baru-baru ini saya telah renew roadtax dan insurans kereta melalui MYEG. Ini adalah kali pertama saya memperbaharui menggunakan perkhidmatan MYEG. Oleh itu saya ingin kongsikan cara renew roadtax dan insurans kereta melalui MYEG

Cara Renew Roadtax dan Insurans Kereta melalui MYEG
Cara Renew Roadtax dan Insurans Kereta melalui MYEG - Sumber gambar vectorise.net
Berikut saya kongsikan cara renew roadtax dan insurans kereta melalui MYEG berdasarkan pengalaman saya sendiri:

1. Hubungi pihak MYEG 
Hubungi di talian 03-7801 8888. Pihak MYEG akan meminta maklumat berkenaan nombor kereta, nombor kad pengenalan dan alamat emel. Saya membincangkan mengenai nilai kereta yang akan diinsurans dan saya juga meminta tambahan insurans untuk cermin kereta. 

2. Terima emel sebutharga
Saya menerima emel sebutharga bagi roadtax dan lesen. Pada tahun ini kereta Viva saya telah menjangkau usia 5 tahun dan saya tidak pernah membuat tuntutan insurans. Jumlah yang perlu saya bayar sebanyak RM420 (jika dibandingkan harga yang ditawarkan oleh agen insurans sebanyak RM600, saya sudah jimat sebanyak RM180). 

3. Bayar kepada MYEG
Kemudian saya membayar melalui online banking (saya menggunakan CIMB Clicks). Dalam masa sejam selepas pembayaran, pihak MYEG menghubungi saya kembali dan meminta maklumat iaitu no. casis kereta dan alamat.

4. Menerima roadtax kereta
Keesokan harinya saya sudah menerima roadtax kereta berkenaan. Ianya dihantar terus ke pintu rumah. 

Setakat ini saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MYEG. Ianya menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, saya harap perkongsian cara renew roadtax dan insurans kereta melalui MYEG ini bermanfaat untuk anda. 

2 ulasan:

  1. Boleh juga gunakan portal MyEg online. Kena daftar dulu dalam portaltu. Ada banyak servis yang ditawarkan oleh MyEg termasuk semak saman, perbaharui lesen dll. Saya perbaharui roadtax dan lesen pakai portal je. Cepat dan lebih jimat. Kalau perbaharui kat kedai sure kena caj tak masuk akal. Kat MyEg hanya bayar wang pos je dan tak payah keluar rumahpun. Kat mana-mana boleh buat. malampun boleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. menjimatkan masa dan wang dengan menggunakan perkhidmatan MyEg..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...