Menghadiri undangan majlis perkahwinan di setiap hujung minggu mungkin akan menyebabkan berat badan semakin bertambah. Usah bimbang kerana pada hari ini akan dikongsikan mengenai tips kurangkan berat badan yang mudah dilakukan.
Tips Kurangkan Berat Badan - Sumber gambar confectionerynews.com |
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai jenis makanan malam untuk diet di dalam artikel yang lalu. Beberapa tips kurangkan berat badan adalah seperti berikut:
Kurangkan berat badan dengan kecilkan saiz hidangan
Anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan. Tetapi hadkan kuantitinya dengan cara kecilkan saiz hidangan.
Kurangkan berat badan dengan nikmati makanan
Kunyah makanan yang anda makan secara perlahan-lahan. Dengan cara ini pasti anda akan dapat menikmati keenakan makanan dan merasa cepat kenyang.
Kurangkan berat badan dengan minum air cukup
Pastikan pengambilan air yang mencukupi untuk badan anda. Minum 8 gelas atau lebih air kosong pada setiap hari.
Kurangkan berat badan dengan minum air limau nipis
Minum segelas air limau nipis pada setiap kali selepas makan (boleh juga digantikan dengan limau kasturi).
Kurangkan berat badan dengan makan snek sihat
Sekiranya berasa lapar, makanlah snek yang berkhasiat seperti buah-buahan epal atau pisang.
Kurangkan berat badan dengan bersenam
Bersenamlah 3 kali seminggu. Mulakan dengan berjalan kaki pantas 15 minit. Kemudian tingkatkan aktiviti fizikal yang lain seperti jogging.
Kurangkan berat badan dengan lakukan sit-up
Buat senaman sit up sebanyak 20 kali pada setiap pagi dan petang bagi mendapatkan perut yang kempis.
Semoga perkongsian tips kurangkan berat badan ini bermanfaat untuk anda amalkan. Laksanakan secara konsisten dan sabar bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan