Ikan Keli Afrika atau nama saintifiknya Clarias gariepinus adalah ikan yang boleh didapati di seluruh Malaysia. Kali ini saya akan kongsikan mengenai cara membuat benih ikan keli berdasarkan kepada pengalaman praktikal saya dahulu.
Cara Membuat Benih Ikan Keli - Sumber gambar fao.org |
Cara membuat benih ikan Keli sendiri adalah seperti kaedah berikut:
Bahan / Peralatan cara membuat benih ikan keli :
Induk ikan Keli yang matang (1 jantan : 2 betina)
Jarum suntikan (Picagari)
Hormon Ovaprim
Alat penimbang
Mangkuk
Bulu ayam
Tuala kering
Langkah-langkah cara membuat benih ikan keli :
1. Cara membuat benih ikan Keli - Timbang ikan Keli
Timbang ikan Keli jantan dan betina, catatkan beratnya (kg).
2. Cara membuat benih ikan Keli - Suntik hormon Ovaprim
Suntik ikan Keli jantan dan betina dengan hormon Ovaprim. Kadar hormon sebanyak 0.5 ml hormon untuk 1 kg ikan betina dan 0.25 ml hormon untuk 1 kg ikan jantan.
3. Cara membuat benih ikan Keli - Simpan ikan
Simpan ikan Keli jantan dan betina di dalam tangki yang berasingan. Biarkan selama 5-8 jam.
4. Cara membuat benih ikan Keli - Ambil telur dan sperma
Lurut perut ikan Keli betina bagi mengeluarkan telurnya ke dalam mangkuk. Serentak dengan itu, belah perut ikan Keli jantan bagi mengeluarkan kantung spermanya.
5. Cara membuat benih ikan Keli - Campurkan telur dan sperma
Gaulkan telur dan sperma ikan dengan menggunakan bulu ayam di dalam mangkuk. Bilas campuran telur dan sperma dengan sedikit air.
6. Cara membuat benih ikan Keli - Penetasan
Masukkan campuran telur dan sperma ke dalam tangki penetasan yang dilapisi jaring halus dan diberikan pengudaraan. Benih ikan Keli (rega) akan menetas dalam masa 24 jam.
7. Cara membuat benih ikan Keli - Pemberian makanan
Rega tidak akan diberikan makanan selama 3 hari selepas menetas kerana ia memakan makanan semulajadi di dalam telurnya (yolk). Pada hari ke empat rega akan mula diberikan makan artemia. Ketika usia sebulan, rega diberi makan pellet halus 4 kali sehari*.
- Di dalam entri yang akan datang saya akan menerangkan cara membuat artemia sendiri.-
8. Cara membuat benih ikan Keli - Kualiti air
Penukaran air dalam tangki dilakukan pada setiap hari. Rega mati dan sisa makanan akan dibuang bagi menjaga kualiti air.
Begitulah perkongsian saya mengenai cara membuat benih ikan Keli sendiri. Selain daripada menjimatkan wang, kaedah pembenihan ini juga dapat menghasilkan anak ikan Keli yang bersaiz seragam.
*Nota - Pastikan pemberian makanan adalah mencukupi bagi mengelakkan kanibalisme (ikan Keli memakan kawannya).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan