Jika anda memasak nasi dengan menggunakan dapur gas, ada masanya nasi yang dimasak akan hangit. Jangan terus dibuang nasi yang hangit itu kerana pada hari ini akan dikongsikan petua hilangkan bau nasi hangit.
Petua Hilangkan Bau Nasi Hangit - Sumber gambar lifehackery.com |
Petua hilangkan bau nasi hangit adalah seperti berikut:
1. Petua hilangkan bau nasi hangit dengan daun pandan
Masukkan 3-4 helai daun pandan ke dalam periuk nasi dan tutup dengan penutup periuk. Biarkan seketika dan bau hangit akan hilang.
2. Petua hilangkan bau nasi hangit dengan cili kering
Ambil beberapa biji cili kering dan masukkan ke dalam nasi hangit. Tutup periuk dan pasti bau hangit akan hilang.
3. Petua hilangkan bau nasi hangit dengan daun sirih
Masukkan beberap helai daun sirih ke dalam periuk nasi hangit dan tutup periuk. Biarkan seketika sehingga bau hangit hilang dan bolehlah dikeluarkan daun sirih itu.
Oleh itu jangan terus dibuang nasi yang hangit. Terus selamatkannya hanya dengan menggunakan bahan yang memang tersedia di dapur anda. Semoga perkongsian petua hilangkan bau nasi hangit ini bermanfaat untuk dicuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan