Ramai wanita tidak mengambil berat mengenai penjagaan diri ketika sedang
haid. Amalan penjagaan diri ketika haid ini penting bagi memastikan tubuh badan kekal sihat sebelum dan selepas haid. Walau semoden mana pun kehidupan kita, amalan ketika haid ini masih sesuai diamalkan pada masa kini.
|
Amalan Ketika Haid Foto kredit: huffingtonpost.com |
Ketika sedang haid elakkan berikut:
Minuman berais
Minuman bergas
Air kelapa
Makanan berlemak tinggi seperti daging merah dan aiskrim
Makanan dan minuman seperti di atas perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan salur darah mengecut dan menyebabkan kesakitan pada bahagian abdomen.
Ketika sedang haid, amalkan perkara-perkara berikut:
Minum air suam
Mandi air suam pada waktu pagi
Minum air halia yang direbus
Amalan seperti di atas elok untuk merawat dalaman badan dan mengeluarkan sisa kotoran darah daripada dalam rahim.
Oleh itu, amat penting untuk setiap wanita mengamalkan penjagaan tubuh yang rapi ketika sedang
haid. Kecantikan luaran pasti akan terserlah jika mengamalkan penjagaan dalaman yang baik. Semoga perkongsian ini dapat menjadi amalan kita bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan