Tip cerahkan ketiak hitam Foto kredit: doctorshealthpress.com |
Sebelum ini ada dikongsikan berkenaan Tip Putihkan Lutut Hitam di dalam artikel yang lalu. Pada kali ini dikongsikan pula Tip Cerahkan Ketiak Hitam seperti berikut:
Cerahkan ketiak hitam dengan limau nipis dan kapur sirih
Campurkan limau nipis dan kapur sirih. Sapu pada ketiak yang gelap dan gosok perlahan-lahan. Biar ia mengering selama 15 minit. Bilas dengan air. Ulang 3 kali seminggu.
Cerahkan ketiak hitam dengan lemon dan timun
Parut lemon dan timun. Sapu pada ketiak dan biarkan ia mengering selama 20 minit. Apabila telah kering gosok perlahan-lahan seperti skrub. Bilas dengan air.
Amalkan petua-petua di atas secara konsisten untuk hasil yang memuaskan. Selain daripada mencerahkan ketiak, limau nipis dan kapur sirih juga dapat menghilangkan bau ketiak serta melambatkan pertumbuhan bulu (amalkan sehari selepas waxing). Lemon dan timun yang digosok seperti skrub dapat menanggal sel kulit mati pada ketiak anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan