Rawatan untuk Penyakit Darah Tinggi

Seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini, penyakit darah tinggi adalah salah satu penyakit berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Kali ini saya akan kongsikan mengenai rawatan untuk penyakit darah tinggi

Rawatan untuk Penyakit Darah Tinggi
Rawatan untuk Penyakit Darah Tinggi - Sumbr gambar en.amerikanki.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai punca, tanda dan komplikasi penyakit darah tinggi. Rawatan untuk penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu rawatan tanpa ubatan dan rawatan dengan ubatan. 

Rawatan tanpa ubatan adalah yang terbaik kerana ianya adalah penyembuhan secara semulajadi. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut: 

1. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan – Ubah cara hidup 
Kurangkan penggunaan garam dan bahan perisa (MSG) di dalam masakan anda. 

2. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan – Aktiviti fizikal 
Bersenam secara teratur atau cergaskan badan dengan melakukan aktiviti fizikal lain seperti mengemas rumah. 

3. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan – Kurangkan berat badan 
Pengurangan berat badan adalah dengan cara melakukan senaman dan menjaga pemakanan. 

4. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan – Rokok dan alkohol 
Berhenti merokok dan mengambil alkohol kerana ia boleh menyebabkan komplikasi lain seperti kerosakan organ (otak, jantung dan buah pinggang). 

5. Rawatan untuk penyakit darah tinggi tanpa ubatan – Hindari tekanan 
Uruskan tekanan anda dengan cara yang positif dan pastikan anda sentiasa berfikiran positif. 

Rawatan untuk penyakit darah tinggi dengan menggunakan ubatan adalah mengikut nasihat doktor. Anda akan dibekalkan ubat darah tinggi. Namun anda juga harus mengamalkan diet untuk pesakit darah tinggi

Oleh itu, mencegah lebih baik dari merawat. Yang penting amalkan gaya hidup yang sihat melalui senaman dan pemakanan yang seimbang. Diharapkan perkongsian mengenai rawatan untuk penyakit darah tinggi ini bermanfaat untuk anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...