Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang adalah penting bagi merawat pesakit darah tinggi. Kali ini saya akan berkongsi mengenai beberapa tips diet untuk pesakit darah tinggi.
Tips Diet untuk Pesakit Darah Tinggi - Sumber gambar maximizedliving.com |
1. Tips diet untuk pesakit darah tinggi – Hadkan pengambilan garam
Pengambilan garam setiap hari perlu kurang 6 gm sehari. Ambil makanan yang rendah kandungan garam. Kandungan garam beberapa jenis makanan adalah seperti berikut:
Kandungan
garam
|
Jenis
makanan
|
Rendah
|
Buah-buahan;
Sayur-sayuran; Minyak sayuran; Lemak; Gula; Tepung; Nasi; Roti putih; Roti
mil penuh (serat tinggi); Bijirin;Kekacang
|
Sederhana
|
Daging; Ikan; Telur;
Susu
|
Tinggi
|
Bahan perisa (monosidium
glutamate; Kicap, sos barbeku, taucu, sos cili, sos tiram); Serbuk penaik
(natrium), soda bikarbonat; Krim salad, mayonis; Makanan siap proses (makanan
dalam tin, bijirin segera, keju, sup sedia dimakan, sosej,
daging burger); Makanan diawet (Ikan masin, telur masin, Daging diawet,
Jeruk buah-buahan, jeruk sayur-sayuran); Belacan, cincaluk, budu
|
2. Tips diet untuk pesakit darah tinggi – Guna bahan semulajadi
Gunakan bahan semulajadi ketika memasak. Gantikan penambah perisa dengan rempah-ratus, herba, bawang putih dan bawang merah. Bagi menggantikan garam, gunakan perahan jus limau nipis.
3. Tips diet untuk pesakit darah tinggi – Kurangkan lemak dan minyak
Pilih makanan seperti ikan dan ayam (isi sahaja tanpa kulit). Ubah cara memasak dengan mengurangkan minyak iaitu dengan cara mengukus, merebus atau membakar.
4. Tips diet untuk pesakit darah tinggi – Masak sendiri
Amalkan memasak sendiri di rumah. Anda pasti dapat mengawal jumlah garam dan kalori makanan yang dimsak.
5. Tips diet untuk pesakit darah tinggi – Makan banyak sayur dan buah
Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan segar apabila berasa lapar.
Oleh itu pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan diet seimbang bagi memastikan penyakit darah tinggi yang anda hidapi pulih sepenuhnya. Semoga perkongsian tips diet untuk pesakit darah tinggi ini bermanfaat untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan