Petua Merawat Cirit-Birit

Di hujung minggu anda pasti akan menerima banyak jemputan ke kenduri kahwin. Akibat makan pelbagai makanan, perut akan mula meragam dan berlakulah cirit-birit. Kali ini saya akan berkongsi tentang petua merawat cirit-birit

Petua Merawat Cirit-Birit
Petua Merawat Cirit-Birit - Sumber gambar fineartamerica.com
Beberapa petua merawat cirit-birit yang boleh dicuba lakukan adalah seperti berikut:

1. Petua merawat cirit-birit – Air teh O
Bancuh pekat seuncang sebuk teh dan minumlah ketika ianya masih suam. 

2. Petua merawat cirit-birit – ENO atau 100 plus 
Bancuh sepeket ENO dengan segelas air dan diminum. Boleh juga minum air 100 plus atau minuman isotonik lain. 

3. Petua merawat cirit-birit – Daun jambu batu
Ramas beberapa helai daun jambu batu bersama sedikit garam dan air suam. Minum air ramasan daun jambu batu ini.

4. Petua merawat cirit-birit – Buah ciku muda
Rebus beberapa biji buah ciku muda dan minum airnya ketika masih suam. 

5. Petua merawat cirit-birit – Pil chek it teck aun
Beli dan makan pil chek it teck aun. Seeloknya beli lebih untuk dijadikan stok ketika kecemasan (cirit-birit). 

Petua merawat cirit-birit yang dikongsikan ini adalah persediaan tradisional sahaja. Segeralah dapatkan rawatan doktor di klinik berhampiran kerana mungkin cirit-birit yang berlaku adalah akibat jangkitan kuman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...