Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mengharapkan kebahagiaan yang berkekalan di dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Kali ini saya akan berkongsi mengenai tips semarakkan rasa cinta.
Tips Semarakkan Rasa Cinta - Sumber gambar njfamily.com |
1. Tips semarakkan rasa cinta – Melakukan ibadat bersama
Luangkan masa untuk solat berjemaah dan membaca al-Quran bersama pasangan anda.
2. Tips semarakkan rasa cinta – Makan bersama
Makan bersama pasangan anda di rumah. Sesekali berkongsilah makanan agar merapatkan lagi hubungan.
3. Tips semarakkan rasa cinta – Berkongsi hobi dan kegemaran
Melakukan hobi dan kegemaran pasangan anda bersama. Contohnya jika isteri suka memasak, apa kata sesekali suami membantu isteri memasak di dapur.
4. Tips semarakkan rasa cinta – Janji temu
Pilih tempat yang romatik untuk janji temu anda bersama pasangan. Pasti pasangan akan berasa terharu.
5. Tips semarakkan rasa cinta – Mengimbau kenangan
Mengimbau kembali kenangan manis bersama pasangan anda dengan cara bercerita, melihat album lama, menonton filem kenangan dan melawat tempat bersejarah anda berdua.
6. Tips semarakkan rasa cinta – Buat kejutan
Sesekali berikan kejutan kepada pasangan anda. Contohnya seperti memberi hadiah, sejambak bunga atau makan malam berdua.
7. Tips semarakkan rasa cinta – Ziarahi orang berjasa
Ajak pasangan anda menziarahi orang yang pernah berjasa dan berbudi kepada anda dan pasangan iaitu ketika awal perkahwinan dan masa kini.
Oleh itu, suami dan isteri haruslah berusaha untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga yang dibina kerana kebahagiaan itu perlu dicari. Diharap perkongsian tips semarakkan rasa cinta ini bermanfaat untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan