Mengajar anak bercakap bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya memerlukan kesabaran dan kesungguhan ibu bapa. Kali ini saya akan kongsikan mengenai petua mengajar anak cepat bercakap yang boleh anda cuba.
Petua Mengajar Anak Cepat Bercakap - Sumber gambar huffingtonpost.com |
1. Petua mengajar anak cepat bercakap – Ulang perkataan
Jangan berputus asa untuk bercakap dengan anak anda walaupun mereka tidak mempedulikan anda. Ulangi sesuatu perkataan berkali-kali, pasti lama-kelamaan anak anda akan meniru apa yang anda ucapkan.
2. Petua mengajar anak cepat bercakap – Guna ayat mudah
Gunakan ayat yang pendek dan mudah disebut apabila bercakap dengan anak anda. Pastikan ada ruang (berhenti seketika) ketika menerangkan sesuatu kepada anak agar mereka dapat memahami dan bertindak balas.
3. Petua mengajar anak cepat bercakap – Buat mimik muka
Ketika menerangkan sesuatumaksud perkataan atau ayat, sertai dengan mimik muka anda bagi memudahkan anak memahami maksudnya.
4. Petua mengajar anak cepat bercakap – Bercerita
Luangkan masa untuk bercerita atau membacakan buku cerita kanak-kanak untuknya.
5. Petua mengajar anak cepat bercakap – Interaksi sosial
Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial bagi memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan.
6. Petua mengajar anak cepat bercakap – Pendengar yang baik
Jadilah pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta memahami apa yang disampaikan oleh anak. Jika sebutan anak tidak jelas, bantulah dia menyebut dengan betul.
7. Petua mengajar anak cepat bercakap – Belajar melalui lagu
Pasang lagu kanak-kanak secara berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.
8. Petua mengajar anak cepat bercakap – Ajar ayat sempurna
Jika anak sudah mula menyebut satu perkataan, ulang kembali apa yang disebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Adik nak apa? Nak susu? Nak mainan?”.
9. Petua mengajar anak cepat bercakap – Jangan memaksa
Jangan memaksa anak bercakap dan jangan tunjukkan kekecewaanjika mereka masih belum mampu bercakap.
Oleh itu, setiap kanak-kanak mungkin berbeza tahapnya, sama ada cepat atau lambat bercakap. Semoga petua mengajar anak cepat bercakap yang dikongsikan ini berguna untuk ibu bapa amalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan