Penyakit Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan mengkibatkan kematian jika tidak dirawat. Kali ini saya akan berkongsi informasi mengenai punca, tanda dan komplikasi penyakit darah tinggi

Penyakit Darah Tinggi
Penyakit Darah Tinggi - Sumber gambar 103fm.net
Tekanan darah kita diukur dalam dua bacaan, contohnya 140/75. Tahap tekanan darah adalah seperti berikut:

1. Normal – 120 / 80
2. Pre-hypertensi – 120 hingga 139 / 80 hingga 90 
3. Hypertensi – 140 ke atas / 90 ke atas
4. Hypertensi sistolik – 160 ke atas / bawah 90

Punca penyakit darah tinggi adalah seperti berikut:
1. Penyakit buah pinggang 
2. Pengambilan ubatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid 
3. Pengambilan alkohol dan rokok – komplikasi (penyakit jantung dan strok)
4. Faktor keturunan 

Tanda dan gejala penyakit darah tinggi adalah seperti berikut:
1. Darah tinggi tidak menunjukan tanda dan gejala. 
2. Pesakit mungkin mengalami tanda yang tidak spesifik seperti pening kepala. 
3. Sebaiknya periksa tekanan darah anda secara berkala di klinik berdekatan. 

Komplikasi penyakit darah tinggi adalah seperti berikut:

1. Menyebabkan tekanan dan kerosakan ke atas organ-organ
· Kerosakan ke atas organ seperti otak, jantung, dan buah pinggang.
· Kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat. 

2. Peningkatan mendadak tekanan darah 
· Menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian. 

3. Tekanan berterusan ke atas organ-organ tubuh 
· Menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan seterusnya kematian. 

4. Komplikasi lain tekanan darah tinggi
· pembuluh darah - pembuluh darah menjadi keras 
· buah pinggang - kegagalan buah pinggang 
· mata - pendarahan dan kerosakan kawasan sensitif cahaya dalam mata 
· otak - strok/angin ahmar 

Semua komplikasi penyakit darah tinggi di atas dapat dicegah jika mendapat anda mendapatkan rawatan awal. 

Semoga perkongsian informasi ini bermanfaat untuk anda. Bersama kita mengamalkan cara hidup sihat bagi menghindari penyakit darah tinggi. Di dalam entri yang akan datang saya akan kongsikan berkenaan rawatan untuk penyakit darah tinggi dan tips diet untuk pesakit darah tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...