Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan seorang manusia. Perpisahan itu pasti akan membuatkan hati terluka dan jiwa merana. Kali ini saya akan kongsikan mengenai tips ubati hati yang luka.
Tips Ubati Hati yang Luka - Sumber gambar 8tracks.com |
1. Tips ubati hati yang luka – Anda tidak keseorangan
Biarpun anda ditinggalkan kekasih, sebenarnya anda tidak keseorangan kerana Allah SWT sentiasa bersama anda di saat suka dan duka.
2. Tips ubati hati yang luka – Redha dengan ketentuan
Terima segala ketentuan ini dengan hati yang redha. Pasti ada hikmah di sebalik perpisahan itu. Mungkin si dia bukanlah jodoh yang terbaik. Pasti ada pengganti yang lebih baik untuk anda.
3. Tips ubati hati yang luka – Terima diri dengan seadanya
Terimalah segala kelebihan dan kekurangan diri anda dengan seadanya. Usah menyalahkan diri anda kerana tidak mampu menjadi yang terbaik.
4. Tips ubati hati yang luka – CintaiAllah SWT
Cintai Allah SWT terlebih dahulu iaitu dengan cara melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Mungkin suatu hari nanti ada insan yang juga menyintai Allah SWT akan jatuh cinta kepada anda.
5. Tips ubati hati yang luka – Jadikan pengalaman itu sejarah
Pengalaman itu adalah sejarah hidup kita. Jadikan ia sebagai pengajaran untuk kita terus melangkah ke hadapan. Yang penting jangan sesekali berputus asa untuk meneruskan kehidupan.
Oleh itu, selalulah berdoa agar Allah SWT memberikan ketenangan dan memberi ketabahan hati kepada kita untuk menghadapi dugaan yang mendatang. Semoga perkongsian tips ubati hati luka ini bermanfaat untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan