Kadar Gula dalam Makanan

Kadar gula dalam makanan seharian kita pada masa kini telah melebihi keperluan. Purata 24 sudu teh gula termasuk gula tersembunyi diambil seorang individu pada setiap hari. Kadar ini adalah 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan untuk seorang individu.

Kadar Gula dalam Makanan
Kadar Gula dalam Makanan - Sumber gambar tolaadeking.wordpress.com
Gula adalah pemanis yang digunakan secara meluas di dalam penyediaan makanan dan minuman. Kadar gula dalam makanan seharian kita bagi beberapa jenis makanan adalah seperti berikut*:
  1. Minuman bergas (tin 435 ml) - 9 sudu teh
  2. Minuman kotak (285 ml) - 5 sudu teh 
  3. Kordial (1 gelas) - 5 sudu teh
  4. Ais krim (sepotong) - 4 sudu teh
  5. Jem (1 sudu makan) - 3 sudu teh 
  6. Bijirin sarapan pagi - 3 sudu teh 
  7. Kuih koci (50 gm) - 2 sudu teh
  8. Kuih seri muka (50 gm) - 1 sudu teh
  9. Biskut berkrim (1 keping) - 1 sudu teh
  10. Sepotong pai epal (200 gm) - 9 sudu teh
*Nota - Kadar 1 sudu teh gula bersama 5 gm

Penggunaan guna berlebihan boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti kerosakan gigi, diabetes dan obesiti. Oleh itu, kurangkan kadar gula dalam makanan anda bagi mengekalkan kesihatan yang baik dan berpanjangan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...