Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat

Bukan semua jenis ubat-ubatan untuk menguruskan badan di pasaran mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Keadaan ini tentu akan membahayakan kesihatan pengguna. Kali ini saya akan kongsikan berkenaan tips kuruskan badan tanpa ubat.

Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat
Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat - Sumber gambar cosmeticsurgery.sg
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai petua atasi cepat rasa lapar. Beberapa tips kuruskan badan tanpa ubat adalah seperti berikut:

Kurus tanpa ubat dengan sediakan diari kuruskan badan

Catat kekerapan dan kuantiti anda makan, tahap kelaparan ketikamakan dan perasaan ketika makan. Setelah sebulan mencatat, cuba perbaiki tabiat makan. Anda juga akan lebih fokus dan komited terhadap pelan diet. 


Kurus tanpa ubat dengan setkan keinginan untuk kurus

Lebih baik setkantujuan menurunkan berat badan adalah untuk kekal sihat dan cergas. Ini membuatkan anda melaksanakan pelan diet secara konsisten. 


Kurus tanpa ubat dengan lakukan pengurangan secara berperingkat

Kurangkan pengambilan makanan secara berperingkat. Pengurangan drastik akan menyebabkan tubuh terkejut dan otot dalam tubuh dibakar. Akibatnya kadar metabolisma tubuh menurun dan kita akan makan dengan lebih banyak. 


Kurus tanpa ubat dengan ambil sarapan pagi

Sarapan pagi penting kerana ianya menstabilkan paras hormon dan gula dalam darah anda. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori. 


Kurus tanpa ubat dengan kawal kuantiti makanan 

Gunakan pinggan bersaiz kecil dan rata ketika makan. Penuhkan pinggan anda dengan sayur-sayuran terlebih dahulu diikuti dengan sedikit nasi dan lauk. 


Kurus tanpa ubat dengan nikmati makanan

Nikmati makanan anda dengan mengunyahnya secara perlahan-lahan untuk setiap suapan. Seeloknya kunyah lebih dari 40 kali untuk setiap suapan. 


Kurus tanpa ubat dengan banyakkan minum air kosong 

Minum air kosong 8 gelas atau lebih pada setiap hari. Air berfungsi sebagai pembersih dalam tubuh kita. Air juga akan membuatkan perut kita berasa kenyang. 


Kurus tanpa ubat dengan ubah cara memasak 

Tukar kaedah memasak kepada mengukus, merebus, membakar dan memanggang. Kurangkan penggunaan minyak, garam dan gula dalam makanan yang dimasak. 


Kurus tanpa ubat dengan ambil snek sihat

Hindari snek seperti kerepek, gula-gula dan keropok. Sebaliknya gantikan dengan buah-buahan seperti pisang dan betik.


Kurus tanpa ubat dengan minum air limau selepas makan

Setiap kali selepas makan minum segelas air limau nipis atau kasturi. 


Kurus tanpa ubat dengan makan nasi

Nasi mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan kita. Ambil nasi sekurang-kurangnya sekali setiap hari dan kuantitinya adalah sebesar segenggam saiz penumbuk tangan anda.


Kurus tanpa ubat dengan lakukan senaman dan aktiviti fizikal

Pembakaran lemak boleh berlaku dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman. Aktiviti fizikal seperti menaiki tangga dan berjalan ketika di pejabat. Anda juga boleh melakukan senaman seperti aerobik atau bermian badminton. 


Oleh itu, semoga tips kuruskan badan tanpa ubat yang dikongsikan ini bermanfaat untuk anda amalkan. Yang penting anda harus melakukannya secara konsisten dan tanpa rasa jemu. Pasti anda akan mendapat hasil yang memuaskan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...