Hikmah Putus Cinta

Putus cinta adalah sesuatu yang menyedihkan dalam kehidupan seorang manusia. Namun harus diingat bahawa tidak semua apa yang kita rancang akan terlaksana seperti yang kita mahu. Kali ini saya akan kongsikan berkenaan hikmah putus cinta

Hikmah Putus Cinta
Hikmah Putus Cinta - Sumber gambar picshunger.com
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai tips dapatkan jodoh. Putus cinta bukanlah bermakna hidup anda telah berakhir. Berikut adalah beberapa hikmah putus cinta

1. Hikmah putus cinta – Ada masa yang banyak untuk diri sendiri 
Anda ada banyak masa untuk melakukan aktiviti kesukaan anda seperti bersukan atau mencantikkan diri di pusat kecantikan. 

2. Hikmah putus cinta – Ada banyak masa untuk melakukan ibadat 
Inilah masa yang sesuai untuk anda memperbanyakkan ibadat kepada Allah SWT. Berdoa agar dikurniakan jodoh yang juga mencintai Allah SWT. 

3. Hikmah putus cinta – Banyak masa untuk keluarga dan kawan-kawan 
Masa yang terluang tentunya boleh dimanfaatkan untuk bersama keluarga tercinta seperti menghabiskan masa untuk bercuti bersama ibu bapa dan adik-beradik anda. 

4. Hikmah putus cinta – Menjauhkan diri dari maksiat 
Anda berjaya menjauhkan diri dari maksiat. Berdua-duaan bersama lelaki/perempuan bukan muhrim tidak elok, kerana pasti ada yang ketiga (syaitan). 

5. Hikmah putus cinta – Menjimatkan perbelanjaan 
Anda dapat menjimatkan bil telefon, duit minyak kereta, tambang bas atau wayang kerana tidak perlu lagi menghubungi atau berjumpa si dia. 

Oleh itu, usah bersedih jika putus cinta. Terima ketentuan ini dengan rasa bersyukur. Pasti Allah SWT lebih mengetahui bahawa dia bukanlah jodoh yang terbaik untuk kita. Semoga perkongsian hikmah putus cinta ini bermanfaat untuk anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...