Bekerja dengan berlainan jantina kadangkala akan menimbulkan masalah. Salah satu masalahnya apabila terdapat lelaki yang gatal tetapi telah berkahwin (suami orang). Kali ini saya akan kongsikan mengenai tips berhadapan lelaki gatal di tempat kerja.
Tips Berhadapan Lelaki Gatal di Tempat Kerja - Sumber gambar dailymail.co.uk |
1. Tips berhadapan lelaki gatal di tempat kerja – Fokus pada tujuan
Fokuskan dalam hati bahawa tujuan anda bekerja adalah untuk mencari rezeki yang halal di samping mendapat keredhaan Allah SWT.
2. Tips berhadapan lelaki gatal di tempat kerja – Bertegas
Selalunya lelaki gatal suka kepada gadis yang lembut dan ayu. Jangan menunjukkan kelembutan anda di hadapannya. Bertegaslah dalam nada yang berhemah jika anda tidak suka atau tidak selesa dengan caranya.
3. Tips berhadapan lelaki gatal di tempat kerja – Tolak pelawaan
Tolak pelawaanuntuk keluar berdua-duaan dengannya. Pastikan anda sentiasa berada bersama rakan-rakan sekerja yang lain.
4. Tips berhadapan lelaki gatal di tempat kerja – Bersikap profesional
Anda harus bersikap profesional jika terpaksa berhubung dengannya ketika bekerja. Ingatkan kepadanya bahawa anda sedang bekerja dan perlu menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan.
Anda harus bersikap profesional jika terpaksa berhubung dengannya ketika bekerja. Ingatkan kepadanya bahawa anda sedang bekerja dan perlu menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan.
5. Tips berhadapan lelaki gatal di tempat kerja – Maklumkan kepada ketua
Berterus terang kepada ketua dan minta pertolongan darinya jika masalah berlarutan. Mungkin ketua boleh menukarkan anda ke unit lain.
Oleh itu, usah dilayan lelaki yang gatal sebegitu. Makin dilayan pasti semakin menjadi gatalnya. Diharap perkongsian tips berhadapan lelaki gatal di tempat kerja ini bermanfaat untuk anda yang mengalami masalah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan