Langsir adalah pelengkap kepada hiasan di dalam sesebuah rumah. Pemilihan fabrik langsir yang sesuai adalah penting bagi menyerlahkan kecantikan rumah. Perkongsian pada kali ini adalah berkenaan tips pemilihan fabrik langsir.
Tips Pemilihan Fabrik Langsir - Sumber gambar kitchenjoelantunes.com |
Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai tips memilih warna dinding bilik tidur. Beberapa tips pemilihan fabrik langsir adalah seperti berikut:
1. Tips pemilihan fabrik langsir - Harga
Terdapat pelbagai pilihan harga langsir bergantung kepada jenis fabrik dan kualitinya. Pilihlah fabrik mengikut kemampuan anda dengan corak yang bersesuaian.
2. Tips pemilihan fabrik langsir - Jenis fabrik
Jenis fabrik adalah penting bergantung kepada di mana langsir dipasang. Misalnya, untuk ruang rasmi, seeloknya pilih langsir yang diperbuat daripada fabrik tebal seperti sutera baldu.
3. Tips pemilihan fabrik langsir - Corak dan warna
Pilih corak dan warna yang sesuai mengikut perabot. Seeloknya pilih warna semulajadi yang boleh dipadankan dengan warna perabot anda. Jika ruang menerima banyak cahaya matahari, pilihlah langsir yang lebih tebal serta warna terang bagi mengelakkannya cepat pudar.
4. Tips pemilihan fabrik langsir - Ukuran
Tentukan ukuran langsir yang sesuai sebelum proses menjahit fabrik langsir. Ini adalah penting bagi menghasilkan ruangan yang kelihatan kemas dan menarik.
5. Tips pemilihan fabrik langsir – Rekabentuk
Tentukan rekabentuk langsir yang sesuai dengan tingkap anda. Anda bebas memilih samaada menjahit dengan potongan lurus, beropol dan sebagainya asalkan padan dengan ruangan.
Oleh itu, pemilihan langsir adalah penting bagi memastikan ruang di dalam rumah anda kelihatan lebih menarik dan kemas. Semoga perkongsian mengenai tips pemilihan fabrik langsir ini bermanfaat untuk anda.
semua mesti diperhatikan ya Cik Zaza..!, agar nampak cantik.. hehehe
BalasPadamperkongsian yang menarik Cik..!
ya, betul itu.. seharusnya kita teliti di dalam membuat pemilihan yang terbaik..
Padamsemoga perkongsian ini bermanfaat pada yang memerlukan
BalasPadamterutama mereka yang baru ingin menempah langsir.
pada hari raya pun sesuai juga kan?
insya-Allah.. semoga memberi manfaat kepada semua..
PadamFabrik langsir ni biasanya mahal.. rugi klu membeli terburu2 tanpa perancangan sebaiknya...
BalasPadambetul tu KK.. seharusnya membuat perancangan awal sebelum membeli..
Padamwahh kaya nya seputar desain juga bisa ya ..?
BalasPadamthank sharenya ya :) kunjungan perdana hehe
terima kasih di atas kunjungannya..
PadamKalau saya...sgt penting kan konsep..tapi harga pun penting jugak..lari pulak budget nanti
BalasPadamharga dan konsep kedua-duanya penting di dalam pemilihan fabrik langsir..
Padam