Tips Membuat Keputusan

Membuat satu keputusan adalah sukar kerana ianya melibatkan kesan terhadap masa hadapan. Semoga tips membuat keputusan yang akan dikongsikan pada kali ini boleh digunakan sebagai panduan asas. 

Tips Membuat Keputusan
Tips Membuat Keputusan - Sumber gambar dylansimon.com
Setiap hari kita dibebani oleh pelbagai masalah terutamanya berkaitan kerjaya,cinta, rumahtangga dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa tips membuat keputusan:

1. Tips membuat keputusan - Lihat pro dan kontra
Fikirkan kebaikan dan keburukan terhadap sesuatu keputusan yang akan dibuat. Berfikirlah secara rasional dan logik dari pelbagai sudut pandangan yang berbeza.

2. Tips membuat keputusan - Berdoa 
Berdoalah agar diberikan petunjuk untuk membuat keputusan yang benar. Bagi yang beragama Islam, seeloknya lakukan solat Istikarah. 

3. Tips membuat keputusan - Pertimbangkan akibat
Setiap keputusan yang dibuat pasti ada akibatnya. Pertimbangkan dengar sewajarnya mengenai akibat atau risiko yang perlu anda hadapi itu. 

4. Tips membuat keputusan - Bertenang
Jangan sesekali membuat keputusan ketika anda sedang marah atau rasa dendam. 

5. Tips membuat keputusan - Yakin dan redha
Yakin dan redha dengan keputusan yang anda buat. Walau apa pun yang berlaku, jangan sesekali menyalahkan takdir. 

Oleh itu, buatlah keputusan yang anda rasakan terbaik. Ingatlah bahawa tiada perkara yang benar-benar sempurna di dunia ini. Jangan sesekali menyesal di atas apa yang terjadi. Semoga perkongsian tips membuat keputusan ini berguna untuk anda. 

6 ulasan:

  1. tips yang baik. tetapi dalam keadaan tertekan kita jarang mampu memikirkan dengan baik. Disini perlukan pengalaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. pengalaman mematangkan kita untuk membuat keputusan yang lebih baik..

      Padam
  2. Membuat keputusan memerlukan penelitian yg sebaiknya sebelum pilihan diambil kan.. Thanks sharing tips yg bermanfaat ini.. :)

    BalasPadam
  3. Decision making skill...kat mana-mana pun perlu skill ni..baik di tempat kerja, di rumah..mahu pun di mana2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak fidah.. setiap hari kita berdepan dengan kehidupan yang memerlukan kita membuat keputusan tidak kira di mana kita berada..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...