Tips Mencegah Bau Badan

Bau badan yang keterlaluan akibat peluh akan membuatkan kita berasa kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. Kali ini saya akan kongsikan mengenai tips mencegah bau badan yang boleh anda cuba.

Tips Mencegah Bau Badan
Tips Mencegah Bau Badan - Sumber gambar security-today.com
Orang di sekeliling juga mungkin berasa tidak selesa ketika bersama kita. Beberapa tips mencegah bau badan adalah seperti berikut:



1. Tips mencegah bau badan - Pilih pakaian dari fabrik semulajadi
Pilih pakaian yang diperbuat daripada kain kapas kerana ianya semulajadi dan mudah menyerap peluh. Kain kapas lebih baik berbanding kain sintetik.

2. Tips mencegah bau badan - Kurangkan memakan bawang
Bawang putih atau bawang merah mentah akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Apabila anda memakannya secara mentah ianya boleh membuatkan badan, gigi dan rambut anda berbau. 

3. Tips mencegah bau badan - Kurangkan masakan daging berempah
Protein dan minyak yang terdapat dalam daging dan rempah tertentu adalah lambat dihadam. Ini akan menyebabkan bau badan yang kurang menyenangkan. 

4. Tips mencegah bau badan - Gunakan limau nipis atau daun sirih
Gunakan bahan semulajadi seperti limau nipis atau daun sirih untuk mengatasi masalah bau badan anda. Gosokkan buah limau nipis atau daun sirih di badan anda (terutamanya ketiak) ketika mandi. Gunakan belakang tapak tangan anda ketika membilas dengan air sambil berselawat.

5. Tips mencegah bau badan - Pakai deodoran
Kini terdapat pelbagai jenama deodoran yang dijual di pasaran khusus untuk mengatasi masalah bau badan anda. Laburkan wang anda untuk membeli deodoran bagi meningkatkan keyakinan diri. 

Oleh itu, anda jangan berputus asa untuk berusaha mengatasi masalah bau badan. Semoga perkongsian mengenai tips mencegah bau badan ini bermanfaat untuk anda yang mempunyai masalah bau badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...