Tips Mendapatkan CPUV Nuffnang

Setiap blogger yang memasang iklan Nuffnang di blog pasti mahukan CPUV*. Sebelum ini telah diterangkan mengenai cara memasang iklan Nuffnang di blog. Kali ini akan diterangkan mengenai tips mendapatkan CPUV Nuffnang.

Tips Mendapatkan CPUV Nuffnang
Tips Mendapatkan CPUV Nuffnang - Contoh CPUV Nuffnang saya
Tips mendapatkan CPUV Nuffnang adalah seperti berikut:

1. Tips Mendapatkan CPUV Nuffnang - Susunan Iklan
Pastikan kedudukan ketiga-tiga iklan Nuffnang (Large Rec, Leaderboard dan Skyscrapper) mengikuti syarat yang ditetapkan oleh pihak Nuffnang. 
- Tutorial memasang iklan terdapat di entri  cara memasang iklan Nuffnang di blog. -

2. Tips Mendapatkan CPUV Nuffnang - Status Glitterati
Pastikan status Nuffnang anda Glitterati. Status Glitterati diperolehi apabila anda memasang iklan dengan susunan yang betul (lihat point pertama). Anda juga harus setia dengan tidak memasang iklan dari pesaing Nuffnang.

3. Tips Mendapatkan CPUV Nuffnang - Trafik Stabil
Pastikan trafik anda stabil iaitu sekurang-kurangnya 200 UV (uniques visitor) sehari. 

4. Tips Mendapatkan CPUV Nuffnang - Menghantar Tiket
Hantar tiket kepada pihak Nuffnang untuk bertanyakan mengapa anda masih belum menerima CPUV. Anda juga boleh bertanyakan soalan lain berkenaan Nuffnang, pasti mereka akan menjawabnya. 

5. Tips Mendapatkan CPUV Nuffnang - Kemaskini Borang Survey
Kemaskini borang survey sekurang-kurangnya sekali seminggu. Mungkin pengiklan memilih blog untuk iklan mereka berdasarkan kepada borang yang anda diisi. 

Oleh itu jangan berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan CPUV Nuffnang. Jangan lupa untuk banyakkan berdoa agar dimurahkan rezeki. Semoga perkongsian tips mendapatkan CPUV Nuffnang ini bermanfaat untuk anda. 

*Nota : CPUV adalah Cost-Per-Unique-Visit. Pengiklan akan memilih blog untuk mengiklankan iklan mereka dalam tempoh masa tertentu berdasarkan bilangan unique visit (UV) blog. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...