Tips Pencegahan Jenayah Siber

Pada masa kini aktiviti pembelian barangan boleh dilakukan secara atas talian. Namun anda tidak terkecuali dengan risiko kemungkinan ada pihak yang menipu. Kali ini akan dibincangkan mengenai tips pencegahan jenayah siber

Tips Pencegahan Jenayah Siber
Tips Pencegahan Jenayah Siber - Sumber gambar ibtimes.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai tips pencegahan jenayah rogol. Beberapa tips pencegahan jenayah siber adalah seperti berikut:

1. Tips pencegahan jenayah siber - Pengesahan identiti penjual
Sebelum menjalankan urusan pembelian, pastikan identiti penjual adalah betul. Anda harus mengetahui maklumat penting penjual seperti alamat, nombor telefon dan email. 

2. Tips pencegahan jenayah siber - Semakan akaun bank
Buat semakan nombor akaun penjual dengan pihak bank. Pastikan nombor akaun itu adalah milik penjual yang sebenar. 

3. Tips pencegahan jenayah siber - Testimoni pembeli lain
Lihat testimoni pembeli yang pernah berurusan dengannya samaada melalui wall facebook atau komen di blognya. 

4. Tips pencegahan jenayah siber - Hati-hati harga terlalu murah
Elakkan membeli barangan yang dijual oleh individu dengan harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran. Siasat terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk membeli. 

5. Tips pencegahan jenayah siber - Simpan transaksi atau bukti
Simpan bukti seperti email, perbualan di facebook, SMS dan call history anda dengan penjual. Jika anda telah membuat pembayaran, simpan resit pembayaran atau transaksi anda melalui online banking

Sekiranya anda telah ditipu, bawa semua transaksi dan bahan bukti ketika membuat laporan polis. Diharapkan perkongsian mengenai tips pencegahan jenayah siber ini bermanfaat untuk peringatan kepada kita semua. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...