Badan sihat terhasil dari makanan yang berkhasiat. Tentu anda ingin membeli makanan yang berkualiti dengan harga yang murah. Pada kali ini dikongsikan tips membeli makanan sihat dengan harga yang berpatutan.
Tips Membeli Makanan Sihat – Sumber gambar foodinsight. org |
Sebelum ini pernah dibincangkan mengenai tips berjimat semasa membeli-belah. Beberapa tips membeli makanan sihat yang boleh anda praktikkan adalah seperti berikut:
Rancang perbelanjaan
Sediakan senarai makanan sihat yang perlu dibeli. Elakkan memasukkan snek seperti keropok atau gula-gula di dalam senarai barangan. Sebaliknya gantikan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan segera/ siap bungkus
Baca dan fahami kandungan bahan-bahan dan nutrien yang terdapat di label bungkusan. Jangan membeli makanan yang mengandungi banyak bahan kimia kerana ia tidak baik untuk kesihatan anda.
Makanan sejuk beku vs makanan dalam tin
Makanan sejuk beku adalah lebih baik berbanding makanan dalam tin. Ini kerana makanan dalam tin mengandungi kandungan sodium yang lebih tinggi berbanding makanan sejuk beku.
Makanan kandungan gandum
Terdapat dua jenis makanan kandungan gandum iaitu gandum sebenar dan gandum pelbagai. Pilihlah gandum sebenar (harga lebih tinggi) kerana nutrien di dalamnya lebih tinggi.
Makanan kandungan lemak
Elak membeli makanan yang mengandungi kandungan lemak tepu. Sebaliknya belilah makanan yang mengandungi lemak tidak tepu seperti susu rendah lemak dan minyak zaitun.
Oleh itu, melaburlah secara bijak dengan hanya memilih makanan yang benar-benar berkhasiat untuk tubuh anda sahaja. Diharap perkongsian tips membeli makanan sihat ini bermanfaat untuk panduan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan