Tips Berjimat Semasa Membeli-belah

Kenaikan harga bahan api secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan asas. Langkah terbaik yang boleh anda lakukan adalah berjimat-cermat. Pada kali ini dikongsikan beberapa tips berjimat semasa membeli-belah

Tips Berjimat Semasa Membeli-belah
Tips Berjimat Semasa Membeli-belah - Sumber gambar goodfood.com.au
Tips berjimat semasa membeli-belah adalah seperti berikut:

Buat senarai barangan

Sediakan senarai barangan yang perlu dibeli beserta harganya. Pastikan anda hanya membeli barangan seperti yang terdapat dalam senarai itu.  Ini akan menjimatkan perbelanjaan kerana anda hanya membeli barangan perlu sahaja. 

Bandingkan harga barangan

Beli barangan mengikut kualitinya, bukan berdasarkan kepada jenama. Bandingkan harga yang paling murah serta menjimatkan dengan kualiti yang terbaik. 

Mendaftar kad keahlian

Terdapat beberapa pasaraya seperti Tesco dan Aeon Big yang menawarkan kad keahlian percuma seumur hidup. Mata ganjaran yang dikumpul ini akan ditukarkan kepada voucher tunai atau diskaun yang tentunya menjimatkan anda. 

Menyemak resit pembayaran

Ada masanya pasaraya mengadakan promosi terhadap barangan terpilih. Pastikan harga barangan sama seperti harga promosi. Semak resit selepas membuat pembayaran. 

Hadkan penggunaan kad kredit

Penggunaan kad kredit menyebabkan kita bebas berbelanja. Seeloknya bayarlah menggunakan wang tunai. 

Membeli-belah ketika perut kenyang

Pastikan anda makan terlebih dahulu di rumah sebelum keluar membeli-belah. Ini kerana ketika perut lapar pasti anda akan berkeinginan untuk membeli makanan yang nampak sedap. 

Elakkan pembelian di saat akhir

Lazimnya barangan seperti snek di susun di kaunter pembayaran. Ketika beratur menunggu giliran membayar pasti kita akan tertarik untuk membelinya. Selalu ingatkan diri bahawa belilah ikut keperluan, bukannya mengikut kehendak. 

Tidak susah untuk berjimat semasa membeli-belah. Diharapkan perkongsian tips berjimat semasa membeli-belah ini dapat anda praktikkan. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dengan berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...