Ramai orang beranggapan bahawa makan malam boleh merosakkan diet seharian mereka. Sebenarnya anda masih boleh makan malam, namun perlu memilih jenis makanan yang bersesuaian. Di sini dikongsikan beberapa jenis makanan malam untuk diet.
Jenis Makanan Malam untuk Diet - Sumber gambar casperfry. com |
Makan malam buah-buahan
Buah-buahan seperti pisang sesuai untuk makan malam bagi anda yang sedang berdiet. Kandungan serat di dalam buah-buahan mampu membuatkan perut anda berasa kenyang. Atau mungkin anda boleh makan sebiji epal.
Makan malam roti
Dua keping roti yang disapukan sedikit mentega atau jem mampu menghilangkan rasa lapar anda pada waktu malam. Anda juga boleh memakannya bersama secawan air coklat panas atau susu suam.
Makan malam sup ayam
Sediakan semangkuk sup ayam yang ditambah dengan sayur-sayuran dan udang. Pasti ianya dapat mengalas perut anda yang sedang kelaparan pada waktu malam.
Oleh itu, anda tidak perlu berlapar demi untuk berdiet. Diharapkan perkongsian jenis makanan malam untuk diet ini dapat memberikan idea kepada anda untuk makan malam. Jangan lupa juga untuk banyakkan minum air kosong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan