Tips Penjagaan Rambut Bertudung

Memakai tudung bukanlah alasan untuk wanita mengabaikan penjagaan rambut mereka. Rambut yang sihat membuatkan kita berasa lebih selesa dan ianya juga meningkatkan keyakinan diri. Tips penjagaan rambut bertudung ini boleh dilakukan sendiri di rumah. 

Tips Penjagaan Rambut Bertudung
Tips Penjagaan Rambut Bertudung - Sumber gambar fashioncheer.com
Beberapa tips penjagaan rambut bertudung yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut:

Syampu rambut

Walaupun bertudung, pastikan rambut disyampu secara berkala iaitu sekurang-kurangnya 2-3 kali setiap minggu. Urut kulit kepala dengan menggunakan hujung jari secara perlahan-lahan. Pastikan tiada sisa syampu yang tertinggal ketika membilas. 

Keringkan rambut

Pastikan rambut dikeringkan sepenuhnya sebelum memakai tudung. Sebaiknya, keringkan rambut dengan menggunakan sehelai tuala kering atau menggunakan kipas angin. Penggunaan pengering rambut yang kerap boleh merosakkan rambut anda. 

Mengikat rambut

Setelah seharian memakai tudung ketika di tempat kerja, pastikan rambut anda terlerai tanpa diikat ketika berada di rumah. Ini bertujuan untuk membiarkan kulit kepala anda bebas bernafas. 

Sikat rambut

Sikat rambut anda perlahan-lahan setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur. Elakkan menyikat rambut ketika ia masih basah bagi mengelakkan ia menjadi rosak. Kemudian bolehlah memakai tudung seperti biasa. 

Oleh itu, diharap perkongsian tips penjagaan rambut bertudung ini bermanfaat untuk anda praktikkan. Apa yang penting, penjagaan rambut secara rutin adalah perlu bagi memastikan kesihatan rambut anda sentiasa baik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...