Hampir setiap hari kita mendengar berita mengenai kes ragut samaada melalui media cetak atau elektronik. Mangsa ragut kebanyakannya golongan wanita dan orang tua. Pada kali ini akan dibincangkan mengenai tips keselamatan jenayah ragut.
Tips Keselamatan Jenayah Ragut - Sumber gambar ryot.org |
Elak bersendirian
Elak berjalan bersendirian dan jangan berjalan di tempat/lorong yang sunyi. Ajaklah kawan anda menemani anda ketika berjalan atau ketika mengeluarkan wang di bank. Sebaiknya berjalan melawan arus lalulintas.
Pilih waktu yang sesuai
Elakkan membuat urusan pada waktu yang tidak sesuai, misalnya waktu senja atau malam yang suasananya sunyi. Cuba selesaikan urusan anda pada waktu siang hari yang ramai orang.
Sorok wang dan barang kemas
Jangan sesekali mengira wang yang baru anda keluarkan dari bank kepada umum. Elakkan juga memakai barangan kemas yang berlebihan kerana ia boleh menarik perhatian peragut.
Bawa senjata ringkas
Pastikan kunci kereta berada di dalam genggaman tangan anda. Mungkin ianya boleh dijadikan senjata apabila anda diserang. Tekan butang penggera pada kereta anda bagi menarik perhatian orang ramai.
Jangan melawan
Jika tiada pilihan dan anda telah menjadi mangsa, jangan sesekali melawan peragut. Serahkan sahaja wang atau beg kepada peragut, usah mengambil risiko untuk bergelut kerana ianya akan membahayakan nyawa anda.
Oleh itu, berhati-hati walau di mana anda berada. Jenayah ragut boleh berlaku di mana-mana. Ingatlah bahawa jenayah hanya berlaku apabila ada peluang. Diharapkan perkongsian tips keselamatan jenayah ragut ini bermanfaat untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan