Setiap hari kita banyak menggunakan kaki samaada untuk bergerak dan melakukan aktiviti seharian. Lama-kelamaan tumit kaki akan pecah. Kali ini dikongsikan menganai petua merawat tumit pecah secara tradisional.
Petua Merawat Tumit Pecah - Sumber gambar triadfoot. com |
Sebelum ini pernah dibincangkan mengenai tips memerahkan bibir. Petua merawat tumit pecah yang boleh dilakukan sendiri di rumah adalah seperti berikut:
Rawat tumit pecah dengan belimbing buluh
Gosokkan beberapa biji buah belimbing buluh di tumit kaki anda. Kemuadian berus kaki anda dengan berus lembut bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan bilas kaki anda dengan air bersih. Lakukan setiap hari.
Rawat tumit pecah dengan asam keping
Rendam beberapa keping asam keping dan perahan air limau nipis di dalam besen berisi air suam. Rendamkan kaki selama 30 minit dan keringkan kaki anda dengan tuala bersih. Lakukan setiap hari.
Rawat tumit pecah dengan buah betik muda
Kupas buah betik muda dan ambil getahnya. Sapukan pada tumit kaki anda yang pecah. Lakukan setiap hari.
Rawat tumit pecah dengan batu sungai
Rendamkan kaki anda dalam air suam selama 5 minit. Kemudian ambil batu sungai dan gosokkan pada tumit kaki yang pecah. Sel kulit mati di tumit kaki akan tertanggal. Lakukan setiap hari.
Rawat tumit pecah dengan nasi suam
Ambil beberapa biji nasi suam dan lenyekkan pada tumit kaki yang pecah. Biarkan ianya mengering. Lakukan setiap hari.
Oleh itu, banyak lagi petua merawat tumit pecah yang boleh dicuba sendiri di rumah dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang tersedia di dapur anda. Apa yang penting anda perlu melakukannya secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan