Makanan Membersih Usus

Pernahkah anda berasa sukar untuk membuang air besar? Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak teratur merupakan antara faktor yang menyebabkan sistem penghadaman terganggu. Anda memerlukan makanan tertentu bagi melancarkan sistem penghadaman dan menyingkirkan toksin. 

Beberapa jenis makanan berikut pasti dapat membantu anda membersihkan usus sekaligus melancarkan sistem penghadaman:

Lemon/ limau

Lemon/ limau

Buah-buahan sitrus terutamanya lemon/ limau amat berkesan untuk pembersihan usus. Minum segelas jus lemon/ limau pada setiap pagi untuk proses detoks dan pembersihan usus.


Bayam

Bayam

Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam boleh membersihkan usus dan melindungi saluran pencernaan dari jangkitan penyakit.


Tauge

Tauge

Tauge dapat membersihkan hati dan juga membantu penghadaman. Ianya juga membersihkan usus anda. 


Jus Buah-buahan

Jus Buah-buahan

Jus buah-buahan perlu dimasukkan ke dalam diet harian anda. Ianya kaya dengan serat dan enzim yang mampu untuk menyingkirkan toksin dari badan melalui pembuangan air besar.


Bawang Putih

Bawang Putih

Walaupun bau bawang putih kurang menyenangkan, ianya dapat memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta memebersihkan usus anda.


Ikan

Ikan

Ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu membersihkan dan meningkatkan sistem penghadaman.


Avocado

Avocado

Avokado kaya dengan minyak omega-3 yang membersihkan usus dan mengatasi masalah pencernaan. Minyak omega-3 bertindak sebagai pelincir pada dinding usus. Semua zarah sisa makanan dan toksin terperangkap kepadanya dan akan disingkir melalui perkumuhan.


Gandum Penuh

Gandum Penuh

Gandum penuh rendah kalori dan kolesterol serta mudah dihadam kerana kandungan seratnya yang tinggi. Ia perlu ditambah dalam diet anda bagi membersihkan usus dan membantu penghadaman yang lebih baik.


Teh Hijau

Teh Hijau

Teh hijau mampu membersihkan usus anda di samping menurunkan berat badan.


Kekacang

Kekacang

Kekacang bukan sahaja baik untuk pencernaan tetapi juga membantu membersihkan usus anda. 


Buah-buahan kering 

Buah-buahan kering

Buah-buahan kering kaya dengan pelbagai vitamin dan serat yang baik untuk penghadaman. 


Susu kultur/ Yogurt

Susu kultur/ Yogurt

Susu kultur/ Yogurt mengandungi bakteria baik yang penting untuk melancarkan sistem penghadaman.


Makanan pembersih usus seperti di atas hanyalah sebagai tambahan bagi melancarkan sistem penghadaman. Apa yang penting, amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mendapatkan sistem penghadaman yang baik. Baca juga Tanda-tanda Badan Banyak Toksin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...