Awet Muda dengan Pucuk Gajus

Ulam-ulaman elok dimakan mentah kerana ia mengandungi pelbagai vitaman yang bermanfaat untuk kesihatan. Pelbagai jenis ulam-ulaman yang elok diamalkan seperti daun pegaga, pucuk gajus, kacang kelisa, peria dan banyak lagi.

Awet Muda dengan Pucuk Gajus
Awet Muda dengan Pucuk Gajus

Pada kali ini saya akan bincangkan mengenai pucuk gajus. Dipercayai bahawa pucuk gajus elok untuk awet muda. Khasiat pucuk gajus boleh diperolehi dengan bebarapa cara seperti berikut:

Pucuk gajus dimakan mentah

Bersihkan pucuk gajus dan jadikan ia sebagai ulam ketika makan tengahari atau makan malam bersama nasi panas. Ia enak dimakan mentah atau dicicah dengan sambal belacan atau sambal kelapa.


Pucuk gajus dibuat kerabu

Selain daripada di makan mentah, pucuk gajus boleh juga dicampur dalam masakan seperti membuat nasi ulam. Campurkan pucuk gajus bersama dengan ulam-ulaman yang lain. Untuk kelainan rasa, anda juga boleh jadikan pucuk gajus sebagai kerabu.


Pucuk gajus direbus

Bersihkan segenggam pucuk gajus. Rebus bersama air sehingga mendidih. Sedia untuk diminum ketika ia suam. Amalkan minum air ini pada setiap hari. 


Oleh itu, jadikan amalan memakan ulam-ulaman sebagai amalan rutin pada setiap hari. Selain daripada awet muda, pucuk gajus juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kencing manis. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...